Gambar PM Najib Dan Isteri Di Bumi Gaza Palestin

Mencipta sejarah tersendiri, sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama melawat kawasan yang agak bergolak dan merbahaya. Lawatan itu merupakan sebagai sebahagian daripada lawatan kerja selama tiga Najib ke Kaherah, Mesir serta Gaza, yang berjiran dengan Palestin.

Melalui perjalanan darat dari Lapangan Terbang Antarabangsa El Arish di Mesir dekat sempadan Gaza, PM Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor melalui sempadan melintasi Rafah dan memasuki bilik menunggu sementara menunggu pasport mereka untuk pemeriksaan.
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor diiringi Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh pada Majlis Sambutan Perdana Menteri di Rafah, di Gaza, Selasa. Najib merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama menjejak kaki di bumi Palestin setelah melakukan lawatan kemanusiaan ke Gaza. Foto BERNAMA

PM Najib dan isteri memasuki Gaza selepas pemeriksaan pasport dan berjumpa dengan Perdana Menteri Gaza, Ismail Haniyeh. PM Najib disambut dalam satu majlis rasmi yang mengalu-alukan kedatangan mereka.

Perdana Menteri kemudiannya menuju ke bandar Gaza, yang mengambil masa 40 minit dengan menaiki kereta. Ini menjadikannya lawatan yang penuh bersejarah, apabila seorang Perdana Menteri Malaysia buat pertama kalinya  menjejak kaki di bumi Palestin.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Januari 22, 2013

8 Komen:

  1. terbaiklah perdana menteri kita. lawatan je ke? sumbangan takde? hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. mesti ada tu..tidak
      tak bersambut jawabnya :)

      Padam
  2. Satu usaha murni dari PM kita :)

    BalasPadam
  3. mengeratkan hubungan dua hala kan...

    BalasPadam
  4. datang bersama sumbangan rakyat malaysia

    BalasPadam
  5. Teringin juga. Entah bila saya dapat ke sana..

    BalasPadam
  6. Kagum dengan Datu Seri Najib. Tun Mahathit sendiri pun belum pernah melawat Palestin selama 23 tahun dia menjadi Perdana Menteri Malaysia.

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA

Carian Blog