Dividen Dan Bonus Amanah Saham Bumiputera (ASB) 2012



Berita gembira buat semua pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) kerana mereka akan menerima dividen 7.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012 berbanding 7.65 sen tahun lepas. Dianggarkan seramai 7.82 juta pemegang unit saham Amanah Saham Bumiputra, yang kini memiliki sejumlah 110.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus sebanyak 1.15 sen seunit.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata bahagian agihan pendapatan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM8.13 bilion manakala bayaran bonus sebanyak RM712.21 juta. Malah, ia merupakan pembayaran tertinggi sejak lima tahun lepas iaitu mulai 2008 hingga 2012, tujuh sen pada 2008, 7.30 sen pada 2009 dan 7.50 sen pada 2010. BERNAMA

Prestasi ASB tahun sebelum ini 2009-2011:



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Disember 22, 2012

4 Komen:

  1. Terbaik kali nih...cuma koi x de akaun la plak ngan asb ni....huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rugi weh kalau tak de.. rebutlah peluang nih..
      RM 10 je buka akaun.. bangsa lain tak merasa
      kadar faedah sebegini hanya ASB je bagi setakat ni :)

      Padam
  2. salam
    makin bertambah tiap tahun
    adakan ini menunjukkan ekonomi negara semakin pulih?
    atau bagaimana?

    BalasPadam
  3. Senyuman untuk durian runtuh ASB. :-)

    BalasPadam