Nora Danish, Anuar Zain Dan Video Ajari Aku

Jarang sekali kita mendengar Anuar Zain berbicara soal wanita. Siapa wanita yang pernah singgah mahupun sedang bertakhta di hatinya? Ia tersemat rapi sebagai rahsia peribadi. Kali terakhir yang kita tahu beliau pernah rapat dengan Dayang Nurfaezah, namun sekarang keduanya menyepi.

Agak mengejutkan pula pada saat melancarkan video muzik Ajari Aku yang berlangsung di White Box, Publica, Solaris Dutamas, Isnin lepas, penyanyi kacak itu membuat pengakuan yang dia menyukai pelakon Nora Danish.

“Nora Danish ada ciri wanita yang saya suka. Kalau saya ada teman wanita, saya mahukan rupanya seperti dia. Sikap Nora juga menyenangkan. Dia feminin, lembut dan manja. ‘Really Beautiful’... sangat cantik,” akui Anuar.

Anda nak tahu apa jawapan Nora Danish bila ditanya balik oleh wartawan berkenaan isu Anuar Zain sukakan beliau? Ini jawab beliau dalam nada malu-malu(erkk..dah lama juga menjanda nih..).

“Betul ke ni? Ke nak tipu Nora sebenarnya. Kalau benarlah cakap Abang Anuar, terima kasih. Nora pun sukakan Abang Anuar dan sudah lama minat dia. Apapun, pengalaman bekerjasama dengannya untuk video muzik Ajari Aku dan Sempurnakan Aku, satu pengalaman yang berharga,” katanya. Ditanya lagi, jika mereka ditakdirkan jatuh cinta, dengan senyuman lembut, Nora berseloroh, “Saya nak...

NOTA : Perghh..pengakuan Nora Danish itu sudah cukup memberi jawapan pada apa yang bersarang di hati Anuar Zain. Pengalaman saya pernah sekali bertemu secara personal dengan Anuar Zain ini,  memang baik tingkah lakunya. Kalau benar bertemu jodoh beliau dengan Nora Danish, saya pasti tentu ramai peminat kedua bintang popular ini menyukainya, sesamalah kita mendoakan agar mereka cepat bernikah.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, November 22, 2012

9 Komen:

  1. kalo anuar zain dengan zain...memang sangat sesuai dan sangat secocok...:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anuar Zain dengan Nora ke Bro?

      Padam
    2. salah taip bro...sori saya taip balik yer...kalo anuar zain dengan nora...memang sangat sesuai dan sangat secocok...:-) hehehe...

      Padam
    3. Saspen je..
      ingat ngan Zain mana pulak tadi..he he

      Padam
    4. suspen jgk tadi..

      huhu..

      Padam
  2. salam
    molek sangat tu
    macam pinang dibelah dua dah

    BalasPadam
  3. elok sangat la tu dr membujang lama2 kan..

    `

    BalasPadam
  4. Abang anuar....jelousnyer.. =(

    BalasPadam
  5. amboiiiii..saya nak ajeeee...

    BalasPadam