Keputusan Penuh Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2012


Anugerah Skrin 2012 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam, telah mengangkat tema 'Selami Dunia Fantasi Kami' dan dihoskan oleh pelakon popular Neelofa dan Awal Ashaari.

Secara keseluruhan, ASK 2012 mempertandingkan sebanyak 23 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman serta dua Anugerah Khas iaitu Anugerah Yasmin Ahmad dan Anugerah Artis Harapan Pantene.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1994, Anugerah Skrin anjuran TV3 meneruskan usaha untuk menjulang bakat dan memberi pengiktirafan kepada penggiat-penggiat seni dan karyawan seni tanah air negara, memasuki musimnya yang ke-14.

BERIKUT ADALAH SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH SKRIN 2012 :

1. Kategori Filem
Filem Terbaik: Bunohan.
Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Shaiezy Sam (Songlap)
Pelakon Wanita Terbaik Filem: Maya Karin (Ombak Rindu)
Pengarah Terbaik Filem: Fariza Azlina / Effendee Mazlan (Songlap).
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Lisa Surihani (Ombak Rindu)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Shafie Naswip (Songlap)
Lakon Layar Terbaik Filem: Dain Iskandar Said (Bunohan)

2. Kategori Drama/Drama Bersiri/Drama Komedi Bersiri
Drama Terbaik: Di Telapak Kaki Bonda
Pelakon Lelaki Terbaik: Abu Bakar Omar (Gincu Ayah)
Pelakon Wanita Terbaik: Rumnah Sidek (Parit Jawa)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Namron (Parit Jawa)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Sherry Merlis (Di Telapak Kaki Bonda)
Pengarah Terbaik: Kabir Bhatia (Di Telapak Kaki Bonda)
Lakon TV Terbaik: Lum Pung Hu (Di Telapak Kaki Bonda)
Videografi Terbaik: Aku Mahu Terbang (Neon Entertainment (M) Sdn Bhd.
Drama Rantaian Terbaik: Jangan Ambil Padang Kami (Suhan Movies)
Drama Komedi Terbaik: Elly Epit (Red Communication Sdn. Bhd)

3. Kategori Penerbitan Dalaman
Dokumentari atau Majalah Terbaik: Dunia Tersembunyi (Rambu Solok)
Bual Bicara Terbaik: Bella: Labour Day Special.
Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu 26.
Rancangan Hiburan Terbaik: Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25.
Rancangan Realiti Terbaik: Jemputan Umrah Episod Pengenalan.
Laporan Khas/ Berita Terbaik: Berita TV9 - Bom Jangka.
Anugerah Yasmin Ahmad: Pierre Andre
Artis Harapan Pantene: Puteri Balqis.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, November 10, 2012

8 Komen:

  1. Tahniah buat para pemenang semua :)

    BalasPadam
  2. Tahniah kpd semua pememang...

    BalasPadam
  3. Tanniah buat semua pemenang.

    BalasPadam
  4. tengok sekejap jek pastu tv tgk aku…

    BalasPadam
  5. tahniah kepada semua pemenang anugerah skrin. Tengok sekejap jer sebab macam tak best.

    BalasPadam
  6. tengok jan entah apa2
    bosan sungguh :)

    BalasPadam
  7. 3 jam....lama tue...tp layan jugak...:D

    BalasPadam