Kenapa Boleh Kena Kanser Buah Zakar ?

Penyakit diakibatkan kanser antara punca kematian paling tinggi dalam negara kita selain dari pembunuh nombor satu, penyakit jantung. Di kalangan lelaki mungkin ramai yang kurang mengetahui bahawa kanser buah zakar juga adalah salah satu penyakit paling kerap dihinggapi oleh lelaki sekarang ini.


Demi kesihatan yang baik berpanjangan, langkah pencegahan awal yang dilakukan boleh menghindar kita dari mengidap penyakit ini. Jika berlaku pun setidaknya dengan rawatan awal, insyaallah boleh menyelamatkan nyawa anda. Ada beberapa faktor risiko yang menyebabkan terjadinya kanser buah zakar:

1. Umur

Kanser buah zakar jarang berlaku sebelum seseorang itu baligh. Kanser ini sering terjadi pada lelaki yang berumur sekitar 30-an dan jarang berlaku pada peringkat umur lebih dari 60 tahun. Di United Kingdom (UK), penyakit ini sering melanda lelaki berumur antara 30 tahun dan 39 tahun.

Ada dua jenis kanser buah zakar iaitu seminoma dan non seminoma. Jenis seminoma kerap melanda lelaki yang berumur pada lingkungan umur 35 tahun ke 40 tahun dan non seminoma pula melanda lelaki dalam lingkungan umur 25 hingga 30 tahun.

2. Masalah buah zakar tidak turun (undescended testes)

Ketika bayi lelaki berada dalam perut ibu, kedua-dua testes berada dalam rongga abdomen. Apabila proses tumbesaran berlaku, kedua-dua testes akan mula bergerak turun ke bawah.

Apabila dilahirkan, kedua-dua buah zakar akan berada dalam kerandut buah zakar. Ada juga keadaan di mana buah zakar ini tidak menurun. Ini boleh berlaku kepada satu atau kedua-dua buah zakar.

Masalah buah zakar tidak turun ini adalah salah satu faktor risiko untuk mendapat kanser buah zakar. Sekiranya pembedahan untuk menurunkan buah zakar lambat dilakukan, ia juga menjadi salah satu faktor risiko jika dibandingkan dengan buah zakar yang dibawa turun secara pembedahan pada umur yang muda dan sebelum baligh.

3. Kumpulan etnik.

Kanser buah zakar ini kerap melanda orang-orang Caucasian jika dibandingkan dengan orang orang di Asia. Di Amerika Syarikat (AS), nisbah lelaki mendapat kanser buah zakar ialah lima dalam 100,000 orang.

4. Masalah buah zakar.

Kanser buah zakar juga kerap melanda buah zakar yang tidak matang. Ini sering dilihat dalam penyakit yang dikenali sebagai Gonadal Dysgenesis. Salah satu contoh gonadal dysgenesis ialah Klinefelter Syndrome. Di dalam penyakit ini, buah zakar tidak membesar sepenuhnya dan berada dalam keadaan lembik dan kecil.

5. Kerjaya.

Ada beberapa jenis kerjaya yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kejadian kanser buah zakar. Kerjaya seperti mekanik yang terbabit dengan minyak petrol besi, juga mereka yang terbabit dalam industri percetakan dan kulit. Adalah dikatakan, pendedahan kepada bahan bahan kimia dalam industri ini boleh meningkatkan risiko seseorang lelaki mendapat kanser buah zakar.

6. Genetik.

Kanser buah zakar boleh berlaku di kalangan keluarga. Risiko seseorang lelaki mengidap kanser buah zakar adalah tinggi sekiranya keluarga terdekat seperti abang atau ayah ada mengidap penyakit yang sama.

Bagaimanapun, apa yang penting ialah aspek pencegahan dan peka dengan tanda-tanda kanser buah zakar. Ia sering bermula dengan bengkak atau ketulan pada buah zakar. Bengkak atau ketulan ini selalunya keras dan tidak menimbulkan kesakitan apabila disentuh.

Lakukanlah pemeriksaan sendiri pada buah zakar anda untuk memastikan tiada ketulan atau bengkak pada buah zakar zakar. Jika ada tanda-tanda seperti di atas dan anda tidak pasti, dapatkanlah nasihat doktor. Ia dapat dikesan dengan mudah dengan cara pemeriksaan ultrasound dan pengambilan darah untuk tumour markers seperti alpha feto protein dan beta HCG.

Artikel ini adalah karangan asal:
Tanya Doktor Bersama Pakar Urologi
Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin



NOTA: Selepas mencari makanan apa yang paling sesuai untuk menambah vitamin dan menghindari dari mengidap kanser buah zakar, terutama bila faktor umur boleh mengakibatkan terjadinya kanser ini. Ada 2 jenis makanan yang di syorkan oleh para doktor, makan secara sederhana sama ada buah tomato atau pun sayur brokoli. Selamat mencuba, semoga kesihatan kita sentiasa dalam keadaan yang baik, insyaallah.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, November 20, 2012

14 Komen:

  1. Tidak mustahil ia akan berlaku kalau boleh mahu dielakkan.

    BalasPadam
  2. Salam, mintak dijauhkan drp kita penyakit seumpama ini.

    BalasPadam
  3. baru tahu.. thx..
    moga dijauhkan.. amin

    BalasPadam
  4. info yg bgus ni..pencegahan awal lebih baik..

    BalasPadam
  5. tq bro...info yang sangat bermanfaat...saya dapat info dari blog kesihatan bhs inggeris UK, untuk mengelakkan penyakit ini adalah melakukan onani huhu...moga minta dijauhkan....

    BalasPadam
  6. salam
    belum pernah tahu sebelum ni ada kanser buah zakar
    terima kasih kerana maklumat berguna ini

    BalasPadam
  7. semoga di jauhkan dengan penyakit sebegini, utamakan kesihatan dan keluarga. tq bro diatas perkongsian ini.

    BalasPadam
  8. hoho..kena hati-hati nih..

    BalasPadam
  9. kena jaga2 dah ni
    umur makin meningkat :)

    BalasPadam
  10. jarang2 dengar kanser ni, tapi langkah berjaga2 mesti buat...

    BalasPadam
  11. buah zakar sy sblah kiri mmbesar dan skit bila disntu...ada ka sy da kna kenser buah zakar??? sy bingung skrng ni

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA

Carian Blog