Gambar Sekitar Nikah Kahwin Farid Kamil Dan Diana Danielle

Dengan sekali lafaz akad nikah, aktres jelita Diana Danielle Danny Beeson akhirnya bergelar isteri kepada aktor dan pengarah filem, Farid Kamil Zahari dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Flamingo by the Lake di Ampang, Selangor pagi Sabtu 3 November 2012.

Pasangan itu dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama yang juga Pendaftar Kanan Perkahwinan Daerah Gombak, Daim Jajuli kira-kira pada pukul 9.12 pagi berwali hakim manakala dua rakan Farid, Ahmad Razif Hamzah dan Abdul Hamid Abdul Razak menjadi saksi.



Diana menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 dan wang hantaran berjumlah RM20,000 mengikut nilai pelaburan emas. Pihak perempuan menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang berupa motosikal mini Kawasaki KSR 110, telekung dan senaskah Al Quran, sebentuk cincin Tiffany & Co, wang hantaran dan sireh junjung.

Sementara pihak Farid pula mendapat tujuh dulang hantaran iaitu tepak sireh, sebentuk cincin dan dompet, sebuah album foto, sebuah motorsikal mini, produk kecantikan Hugo Boss, majalah Polo International dan manisan. Tahniah dari blog ini,  semoga di berkati Allah jua kedua mempelai.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, November 03, 2012

8 Komen:

  1. tahniah kepada mereka, semoga bahagia hingga akhir hayat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hantaran motor mini tu
      1st time saya dengar :)

      Padam
    2. Keliru juga dengan hantaran motor mini. :-)

      Padam
  2. Moga tot dan isteri bbhagia hngga ke akhir hayat...

    BalasPadam
  3. semoga berbahagia selalu....

    BalasPadam
  4. semoga bahagia dan terus langgeng..

    BalasPadam
  5. akhirnya..kahwin juga mereka.

    BalasPadam