Keputusan Dan Senarai Pemenang Anugerah Blokbuster 2011 Tahun 2012



ANUGERAH BLOKBUSTER 2011 adalah satu projek berprestij bagi pihak PFM di mana ia akan menjadi satu acara tahunan yang dianjurkan bermula 2012. Anugerah ini merupakan anugerah pilihan penonton yang akan memberi kuasa kepada peminat untuk menentukan pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan. 

Para penonton boleh mengundi filem-filem dan bintang-bintang kegemaran mereka melalui khidmat undian secara online dan juga pesanan ringkas (SMS). Filem yang bertanding dalam Anugerah Blokbuster 2011 adalah karya yang ditayangkan bermula 1 Januari 2011 sehinggalah 31 Disember 2011.

Filem arahan pengarah terkenal Syamsul Yusof, filem KL Gangster ditabalkan sebagai Filem Terhebat Anugerah Blokbuster 2011 yang diadakan di Stadium Melawati. Kemenangan itu membolehkan KL Gangster membawa pulang trofi serta wang tunai keseluruhan berjumlah RM15,000.

Selain Filem Terhebat, KL Gangster yang begitu mendapat sambutan hangat di pawagam, turut memenangi anugerah bagi kategori Filem Aksi Terhebat dan Tuan Director Terhebat. Dalam pada Itu, filem Khurafat yang juga merupakan karya Syamsul turut menang bagi kategori Filem Takut Terhebat.

Kemenangan KL Gangster sekaligus menewaskan saingan terdekatnya iaitu filem Hantu Bonceng yang memenangi anugerah Filem Kelakar Terhebat dan Hero Terhebat (Zizan Razak). Sebanyak 16 kategori yang melibatkan hampir 40 pencalonan (bagi setiap kategori) diperkenalkan menggunakan 100 peratus undian daripada orang ramai.

Anugerah Blockbuster 2011 yang bertemakan 'Letusan Blok Warna' disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria pada pukul 9 malam. Pengacara Zizan Razak, Lisa Surihani dan Afdlin Shauki diberi tanggungjawab mengendalikan anugerah tersebut.

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Blokbuster 2011:

Anugerah Filem Paling Hebat
  • KL Gangster

Anugerah Tuan Direktor Terhebat
  • Syamsul Yusof – KL Gangster

Anugerah Direktor Baru Terhebat
  • M Suurya – Sumpahan Puaka

Anugerah Filem Aksi Terhebat
  • KL Gangster

Anugerah Filem Kelakar Terhebat
  • Hantu Bonceng

Anugerah Filem Takut Terhebat
  • Khurafat

Anugerah Drama Muzikal Terhebat
  •  Nur Kasih The Movie

Anugerah Hero Terhebat
  •  Zizan Razak – Hantu Bonceng

Anugerah Heroin Terhebat
  •  Yana Samsudin – Bini-Biniku Gangster

Anugerah Watak Penyangak Terhebat
  •  Fikri Bakar – Klip 3GP

Anugerah Lagu Filem Terhebat
  • Ombak Rindu

Anugerah Hero Baru Terhebat
  • Shahir (Karak)

Anugerah Heroin Baru Terhebat 
  • Tasha Shilla – Ratu The Movie

Anugerah PFM
  • Syamsul Yusof

Anugerah Astro First Terhebat
  • Kongsi



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Oktober 07, 2012

7 Komen:

  1. Tahniah pada semua pemenang..
    satu pun filem di atas saya
    tak tengok lagi..he he

    BalasPadam
  2. Hampir separuh cerita kat atas yg ditonton.. Tahniah kpd pemenang..

    BalasPadam
  3. tahniah kepada semua pemenang.. memang best filem KL gangster!

    BalasPadam
  4. assalam, malam utk Shamsul Yusof...tahniah! yang lian pun hebat2 belaka

    BalasPadam
  5. Syamsul pengarah muda banyak menang anugerah. Tanniah.

    BalasPadam
  6. KL Gangster memang hebat.

    BalasPadam
  7. salam
    aku pernah tengok filem kongsi je
    huhu

    BalasPadam