Gambar Kejam Seorang Guru Dera Murid Angkat Dari Lantai Dengan Tarik Telinga

Yan Yanhong, 21 tahun, seorang bekas guru tadika prasekolah dari Wenling, Wilayah Zhejiang di China telah ditahan pihak berkuasa kerana tingkah laku provokatif dan membimbangkan selepas gambar yang disiarkan beliau di internet menunjukkan beliau sedang mengangkat seorang murid dari lantai dengan menarik telinga kanak-kanak tersebut.


Menurut sumber Global Times, blog peribadi Yanhong juga menyiarkan gambar kanak-kanak yang didera beliau termasuk rakaman gambar beliau menampal mulut kanak-kanak dengan plaster, meletakkan murid dalam tong sampah, melondehkan seluar dan memaksa mereka untuk menari malah memaksa kanak-kanak untuk mencium satu sama lain.

Yanhong yang tidak mempunyai tauliah mengajar oleh mana-mana institusi di China, telah diupah oleh prasekolah tersebut kerana pihak sekolah kekurangan guru am akhirnya dibuang kerja. Yanhong sendiri mengakui telah menyuruh seorang rakannya merakam gambar perbuatannya tersebut dengan alasan hanya suka-suka.

Ramai pihak yang marah dan mengharapkan Yanhong harus menerima hukuman yang lebih berat, bagaimanapun seorang pegawai kerajaan China menegaskan bahawa negara China tidak mempunyai undang-undang penderaan kanak-kanak yang khusus terhadap seseorang yang bukan dari keluarga kanak-kanak. SUMBER



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Oktober 29, 2012

15 Komen:

  1. takpayah jadi cikgu lah perempuan ni

    kalau takda undang2 pasal dera, takkan takda pasal Hurt, or Battery or any other kind of injury..
    ada undang2 ni, pendakwa raya kene kreatif

    BalasPadam
  2. Memang tak layak digelar sebagai guru.

    BalasPadam
  3. apa la salah si anak kecil itu? cikgu tu patut kena tarik telinga macam apa yang dia buat kat anak kecil tersebut.

    BalasPadam
  4. Kesian Budak Tu..

    BalasPadam
  5. Base khainat betul cikgu tu... buat gitu pulak ke dia baru tau huhuhu.....

    BalasPadam
  6. kalau anak aku dia wat mcm tu memang kena tumbuk rusuk dia....

    BalasPadam
  7. jom tarik telinga dia pulak...

    BalasPadam
  8. Memang takde hati perut betul

    BalasPadam
  9. zalimnye..apalah yg mereka fikir? jahat betul.

    BalasPadam
  10. kesiannya .. manusia kejam ..

    BalasPadam
  11. kejam.. buta hati ke dia ni.

    BalasPadam
  12. tak layak untuk jadi seorang guru..

    BalasPadam
  13. hoho..memang ramai yang tak leh terima nih..

    BalasPadam
  14. lgsg xlayak jd seorg cikgu!

    BalasPadam
  15. Agaknya dia pun kena buat macam tu kot masa kecik-kecik dulu...tu sebab bila besar macam ada problem jer....

    BalasPadam