Felix Baumgartner Akhirnya Berjaya Terjun Dari Angkasa Dan Selamat Mendarat Di Bumi

Cubaan kali yang kedua selepas gagal minggu lalu akibat masalah angin, Baumgartner yang telah berlatih selama lima tahun dan memegang banyak rekod termasuk terjunan dari Menara Berkembar Petronas, akhirnya berjaya mencipta rekod dunia terjun dari pinggir angkasa awal hari ini.


Penerjun Austria Felix Baumgartner berjaya mendarat dengan selamat di gurun New Mexico selepas jatuh bebas dari ketinggian 39km dari aras bumi. Beliau membuka payung terjunnya setelah mencapai kelajuan jatuh bebas melebihi 1100 kilometer sejam.

Beliau mengambil masa lebih dua jam untuk naik ke ketinggian terjunan dan telahpun memecahkan satu rekod dunia sebelum melompat lagi, iaitu rekod altitud paling tinggi untuk sebuah penerbangan belon membawa manusia.
 
"Kadang-kadang anda perlu naik sangat tinggi untuk menyedari betapa kecilnya anda," kata Baumgartner sebelum beliau melompat dari kapsulnya, sambil diperhatikan di seluruh dunia melalui siaran secara langsung yang bersiaran di seluruh dunia. SUMBER:Telegraph

NOTA : Ada manusia akan sanggup lakukan apa saja untuk mendapat nama dan kepuasan tersendiri. Tak jadi kerjalah kalau saya nak buat aksi sebegini dan merbahayakan diri sendiri. Tetapi telah menjadi resam dunia, lain orang lain pula citarasanya kan?



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Oktober 15, 2012

11 Komen:

  1. Rekod yang dicipta hari ini akan dipecahkan pada masa hadapan. Menjadi yang pertama mencipta rekod tentu dikenang sampai bila-bila.

    BalasPadam
    Balasan
    1. erk..kalo nk pecahkan kene lebih dari stratosfera la..tinggi nya..

      Padam
  2. Bukan senang nak mencipta nama, kena ada pelbagai pengorbanan dan kesungguhan, baru la dikenang sampai bila-bila .. ^__

    www.anastasyea.com

    BalasPadam
  3. Akhirnya impian beliau telah dilaksana.

    BalasPadam
  4. Mungkin gelaran itu sendiri mengatasi segalanya....

    BalasPadam
  5. bila impian mengatasi segalanya, sedaya upaya berusaha utk berjaya
    pasti berjaya :)

    BalasPadam
  6. assalam, bab2 cipta nama ni mmg dah jadi kesukaan mrk...

    BalasPadam
  7. salam
    lagi satu contoh usaha gigih manusia untuk berjaya
    sempat juga tengok tak tv malam tadi

    BalasPadam
  8. Selain untuk catat rekod juga untuk kumpul data tujuan saintifik.

    BalasPadam
  9. kagum dengan Felix! Dia berjaya mencipta rekod baru yang mungkin ambil masa untuk dipecahkan oleh orang lain.

    BalasPadam
  10. Cuba refresh page dia sekali refresh naik 3K like powerr!

    BalasPadam