Video Letupan Kecil Ketika Perlawanan Liga Juara AFC Sepahan vs Al Ahli


Rabu lepas, di Eropah bermulanya pusingan pertama Liga Juara-Juara Eropah, begitu juga di Asia, suku akhir Liga Juara-Juara AFC juga telah memulakan perlawanan pertama mereka, termasuk antara Sepahan dari Iran dengan Al Ahli dari Arab Saudi.

Walaupun perlawanan di Iran tersebut agak hambar dengan kesudahan perlawanan tanpa jaringan 0-0, satu kejadian yang menggemparkan telah berlaku dalam perlawanan tersebut dengan satu insiden yang tak di sangka.

Perlawanan pertama suku akhir tersebut terganggu apabila pengadil berlari ke luar untuk memeriksa serpihan dibuang di atas padang oleh peminat. Seperti yang anda boleh lihat dari  minit 1:05 dalam video di bawah.

Sebaik Sepahan midfielder Adel Kolahkaj mengangkat dan melempar keluar objek hitam jauh dari padang, ianya meletup. Ternyata bahawa objek adalah beberapa jenis bom mini atau mercun yang meletup bila terhentak.

Ini membawa perlawanan diberhentikan sementara sebelum pengadil dan penjaga garisan berbincang dan perlawanan di teruskan seperti tiada apa yang berlaku selepas itu. Jom layan video letupan tersebut.


NOTA: Nasib baik tiada di antara pemain di tengah padang yang tersepak dengan objek tersebut. Kalau tidak, saya pasti akan berlaku kecederaan yang agak teruk juga berdasarkan pada letupan tersebut. Kalau dah tercedera kaki pemain bola, kan dah susah nak cari makan? Apa punya orang, macam ni perangai pun ada? Memang tak patut betul!



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, September 22, 2012

7 Komen:

  1. penonton yang tidak puas hati akan buat apa saja untuk memburukkan keadaan.

    BalasPadam
  2. Ada orang nak sabotaj ni...

    BalasPadam
  3. salam
    mujur juga tak ada yang cedera
    pemain no 40 tu selamba je pegang bom tu

    BalasPadam
  4. Potong semangat untuk bermain bola sepak kalau macam ini. Silap-silap kena denda.

    BalasPadam
  5. assalam, nak tengok bola biarlah berdisiplin...barulah sama2 seronok...main-main bom ini apahal?

    BalasPadam
  6. tgk bola jer..xkan nk psang bom2 gak..

    BalasPadam
  7. terbawak2 dgn imej peperangan sebenar ni :)

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA