Peluang Jadi Jutawan Segera Dengan Syarat Kahwini Lesbian

Jutawan perkapalan Hong Kong, Cecil Chao Sze-Tsung mengumumkan beliau akan menawarkan HK $ 500 juta (kira-kira RM 200 juta) kepada lelaki yang boleh menarik perhatian dan berkahwin dengan anak perempuannya Gigi Chao yang berusia 33 tahun, sumber South China Morning Post melaporkan.

 
FOTO: Cecil Chao kiri bersama anak perempuannya Gigi

"Ia merupakan satu dorongan untuk menarik seseorang yang mempunyai bakat tetapi tiada modal untuk memulakan perniagaan sendiri," menurut Chao kepada BBC. "Saya tidak kisah sama ada dia kaya atau miskin, apa yang penting adalah bahawa dia adalah seorang yang ikhlas dan baik hati," kata Cecil lagi.

Pengumuman itu datang hanya satu minggu selepas anak perempuan Chao tersebut telah mendedahkan kepada umum, bahawa beliau telah berkahwin dengan pasangan sejenis perempuannya selama tujuh tahun, Sean Eav, di Perancis pada awal tahun ini.

Menurut artikel itu, perkahwinan sejenis tidak diiktiraf di Hong Kong, walaupun ianya dilakukan di Perancis dan diakui di sana. Chao sendiri tidak akan memaksa Gigi untuk berkahwin dengan seorang lelaki tanpa kerelaan dia.

Gigi Chao sekarang menjalankan sebuah syarikat modelling, Haut Monde Talent dan syarikat perhubungan awam. Beliau adalah anak pertama Cecil Chao daripada daripada perkahwinan beliau dengan tiga wanita yang berbeza, menurut sumber Post Global. SUMBER



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, September 27, 2012

8 Komen:

  1. Muka cantik tetapi suka kepada kaum sejenis. Kesian bapanya yang hartawan bimbangkan akan aktiviti sonsang anaknya.

    BalasPadam
  2. assalam, kalau berjaya mmg berbaloi...

    BalasPadam
  3. macam² hal pelik² berlaku kalau lari dari ajaran agama

    BalasPadam
  4. nak try mengorat lah.. dapat RM200 juta tuh.. heheh
    tp dapat ker? kalau dapat mmg hebat mamat tu.. :)

    BalasPadam
  5. Kalau dah berkeinganan ker org jantan oklah tu :)

    BalasPadam
  6. duit banyak pun x boleh ubat sakit yg mcm ni :)

    BalasPadam
  7. salam
    payah ni bila kena penyakit sukakan kaum sejenis
    tiada la daya upaya aku nak cuba nasib
    huhu

    BalasPadam
  8. Sayangnya.Muka lawa nak kahwin dengan sejenis. Macam mana la tu kalau keluarga kita begitu ya.

    BalasPadam