Gambar Prince William Dan Kate Middleton Di KLCC ?

Putera Raja Britain, Prince William dan isterinya Kate Middleton akan tiba di Malaysia untuk lawatan selama tiga hari, mulai 13 September hingga 16 September ini. Pasangan diraja itu memulakan lawatan diraja mereka selama beberapa hari bermula di Singapura, sebelum singgah di Malaysia, Solomon Islands dan Tuvalu.

Gambar terkini Prince William Dan Kate Middleton di Singapura - GAMBAR: ST

Menurut Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Simon Featherstone berkata lawatan ini bersempena dengan sambutan Jubli Intan pemerintahan Queen Elizabeth selain ianya meraikan hubungan rapat Kuala Lumpur-London yang telah terjalin sekian lama.

Sepanjang lawatan, pasangan diraja ini akan ke KLCC Park untuk menyaksikan  persembahan kebudayaan, lawatan ke Menara Berkembar Petronas dan menghadiri majlis makan tengah hari bersama ahli dewan perniagaan British di Malaysia.

Kedua pasangan ini juga dijadual akan bertemu dengan KDYMM Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Negara dan akan bersama dengan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dalam makan malam diraja di sana.


NOTA: Pasangan diraja Britain ini memang menjadi perhatian ramai walau di mana pun mereka berada. Saya pasti apabila mereka mula menjejakkan kaki di KLCC nanti ramailah yang akan berpusu-pusu mencuba tuah untuk bergambar dengan pasangan ini. Itupun kalau boleh menghampiri mereka? Sudah tentu kawalan keselamatan yang ketat akan dilakukan pihak keselamatan KLCC di sana nanti. Jadi berpadalah, tak perlulah sampai ada yang kena tahan pihak berkuasa pula nanti ye?


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, September 12, 2012

7 Komen:

  1. Salam Zul, saya nnt juge kut aok dapat bergambor dgn pasangan diraja tu nnt yak...

    BalasPadam
  2. kalau terserempak..ada chance ke nak bergambar ni...?huhu

    BalasPadam
  3. mereka berdua ini pasangan diraja yang paling terkenal di dunia ni kot

    BalasPadam
  4. salam
    melepas la kawe nak bergambar sama
    jauh ni kl-kb

    BalasPadam
  5. Cantik gambar perwaris takhta di raja England yang berlatar belakang bunga Orkid.

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA