Aduh..Malang Tidak Berbau Bila Cedera Ditimpa Wanita ?


 
Sumber FOTO
 
Pelajar Malaysia Cedera Ditimpa Wanita Dilapor Stabil
NEW DELHI 25 Sept - Seorang pelajar Malaysia, Mohamed Mushain Mohd Mashur yang dilaporkan cedera dalam satu kemalangan di Mangalore kini berada dalam keadaan stabil, menurut Konsul Pelajaran dan Latihan Malaysia di Chennai, Annie Sabrina Lasumin.

Beliau berkata pelajar tersebut berkeadaan stabil tetapi kata doktor beliau perlu menjalani satu pembedahan. Mushain yang berasal dari Pulau Pinang cedera apabila ditimpa seorang wanita yang cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga Kompleks Krishna di Jalan MG, Mangalore, Isnin lepas.

Wanita itu jatuh ke atas pelajar tersebut bersama tiga orang kawannya, Mohammed Shafik Shaffa’ee, Miur Zainul Arif dan Mohammed Nadzrin Shah. Dilaporkan jua wanita tersebut dalam keadaan kritikal dan kini berada di Hospital Yenepoya.

Rangkaian Mangalore Today News melaporkan keempat-empat mereka sedang berjalan menuju ke asrama mereka dari arah gim di Bejai apabila wanita muda itu yang dikatakan mengalami sakit mental sejak tiga tahun lepas dikenali sebagai Vandana Prabhu, 31, jatuh ke atas mereka. Baca seterusnya

NOTA: Mula saya baca tajuk berita di Utusan Malaysia itu, tertanya-tanya juga saya, "cedera ditimpa wanita"? Agak pelik dan pelbagai tanggapan awal saya mulanya berkenaan berita ini. Setelah membacanya, baru saya faham bahawa malang memang tidak akan berbau! Siapa sangka anda juga mungkin ditimpa orang yang terjun dalam cubaan membunuh diri. Simpati kepada mangsa, semoga beliau kembali sembuh seperti sediakala.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, September 26, 2012

14 Komen:

  1. Macam-macam...

    Macam tak percaya jer tajuknya. Inilah yang dikatakan malang tidak berbau..

    BalasPadam
  2. Harap beliau tidak mengalami kecederaan teruk akibat dihempap oleh wanita yang cuba membunuh diri.

    BalasPadam
  3. assalam, malang tak berbau, nak buat macam mana, sabar je la, harap2 cepat sembuh...

    BalasPadam
  4. Betul2 malang tak berbau kalau jadi kes mcm nih....moga cepat sembuh.Kejadian 1000 dalam 1 ...payah nk jumpa kejadian cm ni...hehhe

    BalasPadam
  5. Malang sunggup yak... nasib tak cedera lebih teruk dan boleh menyebabkan kematian.

    BalasPadam
  6. laaa tajuknya pun...
    moga cepat sembuh

    BalasPadam
  7. Kalau timpa tu slow jer...tentu tak cedera kannn???

    BalasPadam
  8. dahsyat dunia sekarang ni...
    harap2 dia x ape2..

    BalasPadam
  9. kesian, takpe duduk kat hospital kena rehat banyak2

    BalasPadam
  10. aku belum baca lagi surat khabar hari ini cuma dengar dekat radio je

    BalasPadam
  11. malang betul..semoga lekas sembuh..

    BalasPadam
  12. selain toleh kiri kanan..kene tgk atas juga..huhu

    BalasPadam
  13. Mandang katas la pulok kala dah gini gayenye

    BalasPadam
  14. salam
    lagi teruk bila yang cuba bunuh diri, tak mati
    orang yang ditimpa kat bawah pula yang meninggal

    memang malang tak berbau

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA