Ibarat Semut Hitam Di Atas Batu Hitam Di Malam Yang Hitam Gelap

"Ibarat Semut Hitam 
Di Atas Batu Hitam 
Di Malam Yang Hitam Gelap"


Begitulah diumpamakan dalam mencari secebis keikhlasan dalam sebuah kehidupan. Bukan mudah seperti perkara lain contoh, mungkin mudah untuk kita berpuasa di bulan Ramadan. Begitu jua apabila kita menunaikan kewajipan solat setiap hari. Persoalannya adakah kita IKHLAS dengan diri kita mahupun dengan tuhan (Allah)?

Pernahkah kita menolong seseorang? Saya ambil contoh, apabila seorang wanita meminta bantuan dari kita untuk belikan sesuatu yang beliau amat memerlukan dalam pembelajaran contohnya? Ikhlaskah apabila kita membantu beliau? Adakah secubit rasa terpesong di hati kita apabila menolong beliau kerana kecantikan wanita tersebut?

Memang susah mencari sebuah keikhlasan walaupun mungkin masih ada segelintir manusia yang benar-benar ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan terutama bab menolong sesama manusia, melainkan mengharapkan hanya keredhaan dari Allah semata-mata. Kalau tidak masakan ada istilah 'Ikhlas Tapi Jauh'. Apa itu?

Ikhlas tapi jauh pada pemahaman saya satu keikhlasan yang dihulurkan dari kejauhan tanpa orang lain mengetahuinya contoh seperti lagu popular nyanyian Zainal Abidin bertajuk 'Ikhlas Tapi Jauh' ini dan mari sesama kita hayati lirik lagu ini. Rasanya semua orang sudah boleh menghafal lirik lagunya kan?
Bila bila kiranya diriku perlu
Hari yang murung
Terdengar nada yang riang ria
Sekali suara meyakinkan jiwa
Kaku langkah mengaguminya
Kaku menerimanya

Selagi bahuku
Memikul bebannya
Selagi hayatku
Merasa siksa
Selama senyuman
Menjadi senyumku
Ku bawa wajahmu
Walau diriku jauh...
Jauh...
Atau kita cuba menghulurkan kemuliaan yang bernama IKHLAS, tetapi JAUH di sudut hati kita mengharapkan balasan? Kenyataannya, mungkin ada pada mulanya kita berniat baik menghulurkan sesuatu yang kita anggap ianya ikhlas,  tapi harus diingat? Keikhlasan yang kita hulurkan itu, janganlah dikenang kembali kerana ianya akan melahirkan rasa riak dalam hati kecil kita.

Pernahkah sewaktu kecil dahulu mak ayah kita menghulurkan wang belanja sekolah kita ikhlas menerima seadanya pemberian tersebut? Atau jauh di sudut hati kecil kita mengeluh, tak cukup? Begitulah sedikit perumpamaan yang saya cuba mengingatkan diri saya sendiri, ibarat 'seekor semut hitam di atas batu hitam di malam yang hitam gelap', sesuatu yang sukar di jadikan realiti yang bernama IKHLAS.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Ogos 28, 2012

11 Komen:

  1. satu kiasan yg amat dalam maknanya :)

    BalasPadam
  2. salam,
    maaf zahir & batin

    teringin gak nak jadi semut hitam ni
    leh merayap malam2 tengok dunia
    huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam
      maaf zahir batin jua..
      jauh berangan tu nak
      nak jadi semut..nanti
      kena penyek je..huhu

      Padam
  3. Hati kita sahaja yg mampu sama ada ikhlas tapu jauh atau ikhlas tapi dekat hehehe..

    BalasPadam
  4. Assalam..
    Keikhlasan memang wujud tapi tak selalunya ada.
    Tanpa kita sedari, kita menolong dengan ikhlas tanpa berfikir panjang tetapi apabila otak kita mula berkira-kira untuk menolong, akan terselit sedikit rasa atau sebab musabab untuk kita tolong. Ia berada antara 50-50...

    BalasPadam
  5. Entahlah..

    Kalau seseorang dalam kesusahan, jika terdetik mahu menolongnya. Teruskan sahaja niat itu. Pada saya, kepuasan menolong itu akan menerbitkan keikhlasan. Insyallah.

    BalasPadam
  6. utk mendptkan ikhlas yg 100% tu mmg ssh..

    BalasPadam
  7. salam kembali
    hanya semut hitam itu je yang tahu di mana dia berada

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya benar sekali
      hanya semut hitam sahaja
      yang tahu mana tempat
      duduknya :)

      Padam
  8. Ia boleh diibaratkan 'rambut sama hitam tetapi hati lain-lain'.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada kena mengena tu Bro..
      hati manusia..sapa lah yang
      tahu kan..?di sini kita perlu
      prasangka baik juga sesama :)

      Padam