Video Lagu AdaMu Najwa Latif



Lagu terbaru penyanyi remaja Najwa Latif berjudul Ada Mu bersempena bulan Ramadan ini adalah sebagai pengubat kerinduan Najwa terhadap para peminatnya. Kali terakhir Najwa mengeluarkan lagu adalah menerusi Untuk Dia bersama Sleeq beberapa bulan lalu.

Ada Mu, sebuah lagu yang bercorak ketuhanan dihasilkan kira-kira setahun yang lalu. Najwa dan kakaknya, Ika Latif mengambil masa sekitar dua minggu untuk menghasilkan lagu itu dan proses rakaman dilakukan pada bulan lepas.


Penyanyi yang mencipta nama menerusi Cinta Muka Buku ini, walaupun kini berehat daripada nyanyian untuk menumpukan pada SPM tahun ini, bagaimanapun dia masih diberikan ruang oleh ibu bapanya untuk menghabiskan masa selama setengah jam pada setiap Sabtu bagi bermain muzik.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Julai 25, 2012

8 Komen:

  1. Salam Zul, best juga dengor lagu tu.. layann... :)

    BalasPadam
  2. :D "Music video" nya semakin baik!

    BalasPadam
  3. Bagus lagu macam ni.. Saya suka.. :)

    BalasPadam
  4. MMM.. boleh tahan juga si Najwa ni ya. Lepas SPM nanti mesti lagi meletop2!

    BalasPadam
  5. Salam
    Tak dapat nak play la pulak, bro
    Malam ni broadband slow sangat2

    BalasPadam
  6. Boleh tahan..tapi, lagu kosong-2 tu lagi menarik..

    BalasPadam