Kuih Gelembung Buaya Dari Negeri Cik Siti Wan Kembang

Salam semua, terus terang saya cakap inilah pertama kali saya bertemu dengan kuih "spesis" ni, kira jakun la juga..huhu. Kuih ini dalam kategori dodol cuma yang bezanya ianya diperbuat daripada kelapa dan dikenali sebagai kuih  "Gelembung Buaya".

 
Kuih Gelembung Buaya

Kalau ikut yang tertera pada pelekat plastik pembungkus kuih ini, ianya diperbuat dari kelapa muda, tepung pulut, gula, daun pandan dan bunga cengkih. Bagaimana memasaknya? Pada jangkaan saya, semua bahan dikacau macam pulut wajik atau dodol.

Khabarnya kawasan yang paling terkenal dengan kuih gelembung buaya ini sekitar Kampung Laut, Palekbang dan Tumpat di Kelantan. Kuih di atas pun adalah sumbangan jiran depan rumah Kak Wan yang memang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan.

Memang agak sedap kuihnya, tetapi ada kelainan sedikit apabila mengunyahnya. Terasa lemak-lemak manis kelapa parut muda yang telah sebati dengan gula dan tepung. Selepas makan tekak akan terasa sedikit dahaga kerana kemanisannya.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Julai 06, 2012

15 Komen:

  1. ngeri pulak namanya. biasanya kuih kelantan mannis sikit tapi cukup sedap.

    BalasPadam
  2. Secara seriusnya ini pertama kali melihat & mendengarnya! Tak sangka ada nama kuih sebegini. Terasa ganas apabila memakannya :D

    Post Terbaharu Saya - Kadar Pinjmana Asas (BLR) Kekal Untuk Suku Ketiga 2012

    BalasPadam
  3. 1st time dgr nama gelembung buaya
    mesti manis kan?
    Sop x suka manis.. heheh

    BalasPadam
  4. biasa makan bila balik kota baru :)
    tapi satu kome x berapa berkenan dgn kuih kelantan.... Manissssss amat hehehehe

    BalasPadam
  5. pernah dengar nama kuih ni..tapi ini kali pertama tengok...tq bro zul.. :-)

    BalasPadam
  6. memang manis.. saya dah pernah cuba ketika ke kelantan dahulu..hehe

    BalasPadam
  7. ...koi dah jenuh mkn kuih nih.. :))

    BalasPadam
  8. Nampaknya, aku ni kategori jakun jugklah..hehe

    Macam pernah tgk, cuma kaler jer berbeza. Mungkin rupa saje sama, tp nama dan rasanya pasti tak sama.

    BalasPadam
  9. KUIH NIE SEDAP JUGA TAPI MANIS SANGAT :(

    BalasPadam
  10. Serun dengor name ter...

    BalasPadam
  11. salam
    tak boleh makan banyak ni, bro
    manis sangat

    BalasPadam
  12. pertama kali dengar nama kuih ni..huhu

    BalasPadam
  13. Pertama kali dengar nama kuih ini. Kalau manis perlu rasa cebisan demi cebisan kot.

    BalasPadam
  14. Sedap kuih ni,ermm teringat plak kat kampung halaman di Kelantan

    BalasPadam
  15. tak pernah cuba lagi yang ni..

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA