Bonus Dua Bulan Gaji Untuk Kakitangan PKNS



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Jumaat mengumumkan bonus dua bulan gaji kepada kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sempena sambutan ulang tahun PKNS ke-48.

Katanya, bonus itu akan dibayar dalam bulan Ramadan dan selepas Hari Raya Aidilfitri bagi menggalakkan mereka berjimat. Abdul Khalid juga berkata, PKNS perlu meletakkan asas yang kukuh untuk bertahan sehingga beratus tahun menerusi pelaburan terhadap warga kerjanya.
"Pelaburan besar PKNS ialah melatih dan memberikan kemahiran kepada warga kerjanya. Oleh sebab itu, kita tidak boleh mengharapkan rakan kongsi kita, kita tidak boleh mengharapkan perunding," katanya.
Beliau berkata, PKNS perlu melatih pegawainya sendiri supaya kemahiran, pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada kekal di perbadanan itu dan mempunyai kelangsungan. -BERNAMA

NOTA : Tahniah kakitangan PKNS! Selepas kerajaan persekutuan mengeluarkan bonus sebanyak setengah bulan gaji buat kakitangan awam di seluruh negara, kini tiba saat gembira pula buat kakitangan PKNS di Selangor. Apa pun penulis masih menunggu bonus dari pihak syarikat penulis pada tahun ini. Nampak gayanya berat macam tak ada je nih? Adehh..


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Julai 28, 2012

5 Komen:

  1. Ermm..TAHNIAH!
    Banyak tu, 2 bulan gaji :)

    BalasPadam
  2. wah.. 2 bulan tuh.. mmg bertuah kan bro Zul?

    BalasPadam
  3. Tanniah kepada warga PKNS. Saya pun macam bro Zulkbo mengharapkan bonus ehsan daripada syarikat. :-)

    BalasPadam
  4. Insha Allah, jika sudah rezeki, bonus itu tidak akan ke mana!

    BalasPadam