Bila Cicak Menyerupai Spiderman (Cicak Agama Mwanzae)

Sekali lagi, seolah-olah seperti alam semula jadi telah  terlalu banyak membaca ataupun menonton filem berdasarkan watak buku-buku komik. Tetapi realitinya, terlalu banyak khazanah alam yang belum diterokai oleh kita berkenaan makhluk Allah yang ada di seluruh alam ini.

Cassio Lopes, seorang  jurugambar telah merakamkan gambar seekor cicak mirip "makhluk super" (Spiderman) sedang berpaut pada batu di Maasai Mara National Park, Kenya, baru-baru ini dan spesis cicak istimewa ini terus mendapat perhatian di seluruh dunia.



Jenis cicak kepala leper, Cicak Agama Mwanzae, diketahui seekor cicak yang mempunyai tanda merah dan biru terang yang tersendiri sebagai penyamaran ketika berhadapan dengan situasi tertentu terutama ketika berhadapan dengan bahaya. 

Populariti spesies cicak ini telah meningkat sejak rupanya yang seolah-olah watak dalam filem popular Spiderman itu, apabila kedai-kedai haiwan peliharaan eksotik dilaporkan mendapat permintaan tinggi terhadap spesis cicak ini.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Julai 03, 2012

17 Komen:

  1. hmmm cicakman tu pun dah difilem oleh org malaysia :)

    BalasPadam
  2. Memang eksotik la cicak tu :D

    Post Terbaharu Saya - Hantu Kapcai - Rempit Sampai Mati!

    BalasPadam
  3. wahh...cicak spiderman....sama lak tu...

    BalasPadam
  4. fuyoo dh jd permintaan plk..kesian cicak tue...

    BalasPadam
  5. rupanya spiderman tiru cicak ni. boleh tukar warna separuh2.

    BalasPadam
  6. Salam
    Memang nampak serupa la
    Comel juga cicak ni
    Harap2 tak merbahaya atau beracun

    BalasPadam
  7. Makin naik rege la yek...Gone la kala ande kat Malaysia...

    BalasPadam
  8. pertama kali tgk.. hehehe
    agaknya dorang ikut cicak tu kot? hewhehe

    BalasPadam
  9. eeeeeeeewwwwwwwwwwwwww!!! same!!

    BalasPadam
  10. assalam, subhanallah....

    BalasPadam
  11. Bila gamaknya cicak ni nak bawa masuk malaysia :)

    BalasPadam
  12. Assalam..
    Cicak tu kot inspirasi warna untuk Spiderman...

    BalasPadam
  13. Wah hebat ciptaan Allah SWT.

    BalasPadam
  14. Inilah dia keajabaian, untuk mereka yang sedar kekuasaan Tuhan

    BalasPadam
  15. wahh...mmg sebijik la kaler dia wehhh....spiderman tiru kaler cicak ni kot...hehehe

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA