Berpuasa Perlu Dengan Adabnya

Orang yang berpuasa mempunyai adabnya, yang mana tidak akan sempurna puasa itu kecuali dengan adanya adab-adab tersebut. Yang terpenting daripada itu adalah menjaga lidah dari dusta dan ghibah, serta membicarakan sesuatu yang tidak perlu baginya. Ia menjaga mata dan telinganya dari mendengarkan dan melihat kepada sesuatu yang tidak halal baginya serta sesuatu yang dianggap fudhul (berlebihan).

Begitu pula ia jaga dirinya dari memakan makanan haram dan syubahah, khususnya ketika berbuka puasa. Ia berusaha dengan sangat hati-hati untuk tidak berbuka puasa, kecuali dengan memakan makanan yang halal. Seorang ulama salaf berkata: Apabila engkau puasa, lihat makanan apa yang engkau makan ketika berbuka dan di tempat siapa engkau berbuka. Hal itu merupakan dorongan agar berhati-hati mengenai makanan untuk berbuka puasa.


Begitu pula orang yang berpuasa harus menjaga semua anggota tubuhnya dari melakukan dosa-dosa, terutama dari perbuatan yang tidak perlu. Dengan itu puasanya menjadi sempurna dan bersih. Banyak orang berpuasa sekadar memayahkan dirinya dengan lapar dan haus, namun ia biarkan anggota tubuhnya berbuat maksiat sehingga merosakkan puasanya menjadi sia-sia.

Nabi Muhammad SAW bersabda (yang bermaksud): “Banyak orang berpuasa, tetapi puasanya hanya menghasilkan lapar dan haus dahaga sahaja. Meninggalkan maksiat adalah wajib untuk selamanya atas orang yang berpuasa mahupun orang yang tidak berpuasa. Akan tetapi bagi orang yang berpuasa lebih hati-hati dan lebih wajib".

Nabi SAW bersabda (yang bermaksud) : “Puasa itu adalah perisai. Maka pada hari seorang dari kamu berpuasa, janganlah ia berkata keji dan berbuat kefasikan serta jangan mengganggu orang lain. Jika ada orang memakinya atau memaki yang lain, maka katakanlah: Sesungguhnya aku berpuasa.“

Termasuk adab orang berpuasa ialah untuk tidak banyak tidur di siang hari dan tidak banyak makan di waktu malam. Hendaknya dia makan sekadarnya hingga dia merasakan sentuhan kenyang dan hilang haus supaya jiwa menjadi baik dan syahwatnya menjadi lemah serta hatinya menjadi terang. Itulah rahsia puasa dan tujuan sebenarnya.

Hendaklah orang yang puasa menjauhi kemahuan dan kesenangan syahwat serta kenikmatan yang banyak. Sebolehnya adalah menjauhi kebiasaan bersenangan itu hanya sekali di bulan Ramadan dari lainnya. Akan tetapi latihan dan menjauhi keinginan nafsu menimbulkan pengaruh besar dalam menerangi hati dan secara khusus dituntut di bulan Ramadan. Cakap mudah, cuba belajar susah untuk menghayati kesusahan orang lain.

Adapun orang-orang yang menjadikan mereka bersenang-senang dan hidup mewah di bulan Ramadan yang mereka tidak biasa lakukan di luar bulan Ramadan seperti berbuka dengan makanan yang melampau, maka hal itu adalah tipu daya syaitan yang menipu mereka supaya mereka tidak merasakan keberkatan dan nikmat sebenar puasa mereka itu.

Sunnah menyegerakan berbuka puasa dengan kurma, jika tidak menemukannya, maka cukuplah berbuka dengan air. Adalah Nabi SAW berbuka sebelum solat maghrib, Nabi SAW bersabda : “Umatku selalu dalam kebaikan selama mereka menyegerakan dalam berbuka puasa dan mengakhiri sahur". Sesungguhnya orang yang berpuasa hendaknya menyegerakan berbuka walaupun hanya makan sedikit dan lebih baik dengan tamar (kurma). Begitu jua mengakhirkan sahur juga adalah sunnah.

Hal itu dimaksudkan supaya nampak pengaruh puasa padanya dan ianya mendapat hikmahnya dan mencapai tujuannya, yakni mendidik nafsu dan melemahkan keinginannya. Kerana rasa lapar dan kekosongan perut, berpengaruh besar dalam menerangi hati dan kekuatan anggota badan dalam beribadah, sedangkan kekenyangan adalah menyebabkan kekerasan hati dan kelalaian dan kemalasan dalam melakukan ibadah.

Nabi Muhammad SAW bersabda (yang bermaksud): “Tidaklah anak Adam mengisi wadah yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah anak Adam beberapa suap makanan untuk menegakkan tubuhnya. Jika ia tidak mampu menghindarinya, maka sepertiga perut itu untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya, dan sepertiga untuk nafasnya.

Sangat dianjurkan memberi makan orang-orang yang puasa, walaupun hanya beberapa butir kurma atau seteguk air. Nabi Muhammad SAW bersabda (yang bermaksud): “Barangsiapa yang memberi makan orang berbuka puasa, maka ia mendapat pahala seperti orang yang puasa itu tanpa mengurangi sedikitpun”.


NOTA : Semoga ianya menjadi panduan kita untuk terus istiqamah dalam mengharungi Ramadan penuh keberkatan tahun ini dengan dikurniakan Allah pengampunan dan kemenangan sebenar, wallahualam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Julai 22, 2012

8 Komen:

  1. Semoga puasa ini bisa menghindari hal-hal seperti ghibah. Sebetulnya sulit, tapi pasti bisa jika kita tawakal

    BalasPadam
  2. Ikuti sunnah, itulah yang terbaik.

    BalasPadam
  3. puasa mengajar erti bersyukur

    BalasPadam
  4. mmg ssh nk jaga pahala puasa..

    BalasPadam
  5. barulah puasa kita dikatakan sebenar2 puasa :)

    BalasPadam
  6. puasa dpt kutip ilmu di sini..mmg baguslah he...selamat berpuasa bro zul

    BalasPadam
  7. Saya dan keluarga makan dirumah jarang sangat beli juadah digerai jualan Ramadan. Kecewa pernah tertipu.

    BalasPadam
  8. selamat berpuasa dari kami di iAwani untuk bro Zulkbo.

    BalasPadam