Berpuasa Bukan Alasan Islam Itu Lemah

Ramadan bakal menjelma lagi. Jika dipanjangkan Allah umur kita nanti, seluruh umat islam akan menyambut kehadiran bulan penuh barakah 1 Ramadan 1433 Hijrah, berkemungkinan pada tanggal Sabtu 21 Julai 2012 nanti. Bagaimana persiapan kita menyambut Ramadan 1433 H kali ini?

Sudah kedengaran ada yang mengeluh bila tibanya bulan Ramadan kerana ianya adalah kewajipan semua muslim berpuasa di bulan ini. Keimanan yang nipis menjadikan kita merasai bulan puasa adalah satu kelemahan pada diri. Lemah untuk bekerja, lemah untuk melakukan pelbagai aktiviti yang kebiasaanya kita lakukan di bulan yang lain.

Mutu kerja mula menjadi merosot kerana alasan letih berpuasa. Surau di tempat kerja mula dipenuhi bukan untuk solat sahaja, malah sebagai tempat melabuhkan kepala, tidur sejam dua di waktu bekerja. Menjadikan bangsa lain beranggapan puasa menjadikan orang islam lemah dan tidak produktif. Kita patut menghindari perspektif ini di mata bangsa lain yang bukan beragama islam.

Kita perlu menjadikan bulan puasa, bukan sahaja bulan untuk beramal ibadat tetapi juga sebagai bulan untuk kita membuktikan pada penganut agama lain, bulan ini menjadikan kita pekerja yang tetap produktif, bukannya malas. Berpuasa bukan alasan untuk kita menjadikan mutu kerja kita menurun malah lebih baik, setidaknya sama dengan bulan yang lain.

Mari kita mengenang kembali kisah perjuangan tentera islam di bulan Ramadan sebelum ini yang tidak pernah menjadikan alasan berpuasa untuk mereka dianggap lemah, malah bulan inilah yang lebih menaikkan semangat mereka demi membuktikan agama islam dan amal ibadatnya tidak menghalang perjuangan menegakkan islam.

 
Ramadan Fisabilillah

Ramadan 2H
Perang Badar
Ibnu Hisyam menyatakan perang ini merupakan kemenangan pertama yang menentukan kedudukan umat Islam dalam menghadapi kekuatan kemusyrikan dan kebatilan. Perang ini terjadi pada pagi Jumaat, 17 Ramadan 2H di Badar. Kemenangan lebih kurang 300 orang tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah SAW ini mengalahkan lebih kurang 1000 orang tentera musyrikin Mekah.

Ramadan 5H
Perang Khandaq
Persiapan dilakukan dengan mengali parit (khandaq) sekeliling kota Madinah. Strategi perang ini tidak pernah digunakan oleh bangsa Arab sebelum ini. Idea ini diusulkan Salman Al-Farisy. Pertempuran akhirnya terjadi pada bulan Syawal dan berakhir pada bulan Zulkaidah setelah pasukan muslimin berjaya memecah belah pasukan musuh.

Ramadan 8H
Fathul Makkah (Pembukaan Kota Mekah)
Rasulullah SAW keluar dari Madinah pada 10 Ramadan dalam keadaan berpuasa. Mekah jatuh ke tangan kaum muslimin tanpa pertumpahan darah. Penaklukan itu terjadi pada 10 malam terakhir bulan Ramadan.

Ramadan 9H
Perang Tabuk
Pada tahun 629 M, Rasulullah SAW memutuskan untuk melakukan aksi preventif, yakni ekspedisi ke wilayah Tabuk yang bersempadan dengan Romawi. Setelah sampai di Tabuk, umat Islam tidak menemukan pasukan Bizantium ataupun sekutunya. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom.

Ramadan 10H
Ekspedisi Yaman
Rasulullah Saw mengutus pasukan dibawah pimpinan Saidina Ali Ra, ke Yaman dengan membawa surat utusan Nabi. Satu suku yang berpengaruh di Yaman langsung menerima Islam dan masuk Islam pada hari itu juga. Mereka kemudiannya bersolat berjamaah bersama Saidina Ali Ra. pada hari itu.

Ramadan 53H
Kemenangan tentera Islam di pulau Rhodes.

Ramadan 92H
Pembebasan Sepanyol
Panglima tentera Islam, Tariq bin Ziyad memimpin 12,000 tentera Islam berhadapan dengan tentera Sepanyol berjumlah 90,000 yang diketuai sendiri oleh Raja Frederick. Pada peperangan ini, untuk menambah semangat pasukannya, Tariq bin Ziyad membakar kapal-kapal perang mereka sebelum bertempur dengan tentera Raja Frederick. Beliau berkata, ”Sesungguhnya, syurga Allah terbentang luas di hadapan kita, dan di belakang kita terbentangnya lautan. Kamu semua hanya ada dua pilihan, apakah mati tenggelam , atau mati syahid.”

Ramadan 129H
Kemenangan atas Bani Abbas di Khurasan dibawah pimpinan Abu Muslim Al-Khurasany.

Ramadan 584H
Pembebasan Palestina
Panglima tentera Islam, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salib. Tentera Islam menguasai daerah-daerah yang sebelumnya dikuasai oleh tentera Salib. Ketika bulan Ramadan, penasihat-penasihat Salahuddin menyarankan agar berehat kerana risau keselamatannya. Tetapi Salahuddin menjawab “Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam”. Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas Benteng Shafad yang kuat. Peristiwa ini terjadi pada pertengahan bulan Ramadan.

Ramadan 658H
Perang Ain Jalut
Saat tentera Tartar memasuki Baghdad, mereka membunuh 1.8 juta kaum Muslimin. Musibah ini disambut oleh Saifudin Qutuz, pemerintah Mesir ketika itu dengan mengumpulkan semua kekuatan kaum muslimin untuk menghancurkan tentera Tartar dan bertemu dengan mereka pada Jumaat, 6 September 1260M di Ain Jalut. Peperangan ini turut disertai oleh isteri Sultan Saifudin Qutuz, Jullanar yang akhirnya syahid di medan pertempuran.

Lagi kegemilangan tentera islam di bulan Ramadan.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Julai 18, 2012

14 Komen:

  1. puasa itulah menunjuka betapi islam itu kuat

    BalasPadam
  2. byk juga perang2 besar berlaku dlm bulan puasa..

    BalasPadam
  3. salam
    sejarah mengajar kita untuk terus kuat dan tabah
    selamat berpuasa untuk semua

    BalasPadam
  4. Lemah berpuasa akibat letih,
    Sampai menjadikan kerjanya lembap,
    Tabahkan hati kuatkan akidah,
    Tambahkan ibadat dan pertingkatkan dengan lengkap.

    BalasPadam
  5. Nah, Sapa nak cakap lagi islam lemah ?

    Sebenarnya berpuasa inilah yang membuktikan Islam Itu Kukuh, Kuat !

    BalasPadam
  6. semoga puasa kali ini menjadikan kita lebih kuat dan berdaya saing.

    BalasPadam
  7. Jadikan kisah dahulu sebagai teladan..

    selamat berpuasa BRo Zulkbo ;)

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama18 Julai, 2012

    Salam Zulkbo,

    Selamat menyambut puasa. Ampun dan maaf dari saya.

    BalasPadam
  9. Sepatutnya berpuasa tidak boleh dijadikan sebagai alasan tidak kuat untuk bekerja atau sebagainya.Sekarang ni bila berpuasa sahaja mulalah aktiviti di pejabat dikurangkan dan aktiviti luar tidak dilakukan.

    BalasPadam
  10. Tentunya ibadah Puasa menjadikan kita lebih kuat..bukan sebaliknya.

    BalasPadam
  11. bukan matlamat berpuasa.
    selamat menjalani ibadah puasa untuk tahun ini, mudahan sama2 kita melaksanakan yg terbaik, semestinta lebih baik dr tahun lepas

    BalasPadam
  12. Selamat berpuasa bro!

    BalasPadam
  13. Kita perlu ubah persepsi apabila bulan Ramadan menjelang semua aktiviti perlu diperlahankan.

    BalasPadam
  14. Salam.. selamat berpuasa drp kami.

    BalasPadam