TR1Ma | Teksi Rakyat 1Malaysia | Baucar Subsidi Tayar

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan insentif hampir RM35 juta untuk golongan pemandu teksi di negara ini melalui program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma). Najib berkata di bawah program TR1Ma ini, setiap pemandu pertama teksi akan menerima baucar subsidi tayar sebanyak RM520 bagi penggantian empat tayar untuk tempoh dua tahun.


Subsidi sejumlah RM34.84 juta yang disalurkan oleh 1Malaysia Development Bhd ini akan memanfaatkan seramai 67,000 pemandu teksi di seluruh negara, katanya semasa melancarkan TR1Ma di hadapan 25,000 pemandu  teksi di Stadium Bukit Jalil di sini. Beliau berkata jenis teksi yang layak menerima subsidi ini ialah teksi bajet, teksi eksekutif, kereta sewa dan teksi lapangan terbang.

Selain itu, Najib juga mengumumkan bahawa kerajaan melalui Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan menyediakan dana lebih daripada RM1 juta untuk menyediakan Skim Insurans Perlindungan Kemalangan Diri kepada 100,000 pemandu teksi di seluruh negara. Beliau berkata, ini adalah inisiatif jangka pendek kerajaan untuk meringankan beban golongan pemandu teksi di negara ini.

Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa daripada segi perancangan jangka panjang, kerajaan sedang meneliti untuk memperkenalkan satu model baru untuk perkembangan industri teksi di negara ini, bagi memastikan industri itu dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna di samping kebajikan pemandu teksi terus terjaga.

Dalam itu, Perdana Menteri juga meminta golongan pemandu teksi menyerlahkan lagi amalan-amalan nilai murni kerana mereka sebagai duta kecil negara yang mempunyai peranan penting dalam membantu pembentukan imej dan persepsi pengunjung asing yang datang ke negara ini terhadap Malaysia.
"Saya mahu bantu tuan-tuan dan puan-puan, supaya tuan-tuan dan puan-puan juga dapat memainkan peranan besar untuk menjulang nama negara.Tolong bantu kita dalam urusan harian kerana kita nak transformasi negara kita bukan saja dari segi nilai ekonomi dan pendapatan tetapi juga dari segi pembentukan perwatakan manusia yang  menpunyai nilai dan sikap murni," PM Najib
Beliau berkata antara ciri yang diteliti di bawah model baru itu ialah sistem pemberian permit teksi kepada individu. Najib berkata kerajaan juga mengkaji semula untuk melonggarkan pemberian rebet kepada pemandu teksi untuk melupuskan teksi lama mereka, supaya bantuan itu dapat memanfaatkan lebih ramai pemandu teksi.

Kerajaan prihatin untuk membantu golongan pemandu teksi yang merupakan kumpulan yang besar di mana di bawah Belanjawan 2012, kerajaan telah menawarkan bantuan rebet RM3,000 bagi melupuskan teksi lama melebihi tujuh tahun tetapi kurang daripada 10 tahun, manakala bagi teksi yang berusia 10 tahun ke atas, bantuan  rebet RM1,000 akan diberikan.

Sumber: BERNAMA



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Jun 24, 2012

14 Komen:

  1. salam..

    untung le abg sy yg bwk teksi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama02 Julai, 2012

      siapa yang tak seronok dapat subsidi,sekurang-kurang nyer ringan sikit beban abg teksi.

      Padam
  2. untung teksi
    harap akan beri perkhidmatan yg baik kpd penumpang:)

    BalasPadam
  3. Salam , sekarang semuanya dapat subsidi. Diharap segalanya dapat menjalankan tggungjawab dengan baik.

    Tapi kenapa baru sekarang ?

    :')

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama02 Julai, 2012

      sebab nak pancing undi untuk SPR 13 yang akan tiba nanti lah.

      Padam
  4. Boleh selepas ini mengunakan tayar yang berkualiti.

    BalasPadam
  5. salam
    macam2 yang kerajaan berikan sekarang
    lepas ni tak tahu apa lagi

    BalasPadam
  6. buat semata nak ambil perhatian rakyat
    gimik PRU :)

    BalasPadam
  7. Saya ada lesen teksi boleh la mohon he3...

    BalasPadam
  8. syukurlah...bantuan x disangka2 :)

    BalasPadam
  9. kalau masih nak naikkan tambang lagi, tak tau la nak kata apa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama02 Julai, 2012

      Naik teksi ikut meterlah,penumpang pun kadang-kadang pun satu hal jugak,bila time jem tak nak ikut meter sbb meter lebih kalau tak jem tau pulak tambang nak ikut meter.Kalau naik time jem tak nak bayar lebih nak bayar harga biasa,mana boleh.Yang ada tu pulak boleh tawar menawar harga padahal kat pintu teksi terang-terang dah tampal stiker TAWAR MENAWAR DILARANG.Apa guna tampal stiker tu kat pintu.

      Padam
    2. ye btl

      Padam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA