Putrajaya FLORIA 2012 : Bougainvillea Enduring Beauty

 
Festival Bunga & Taman Putrajaya 2012

Tarikh: 30 Jun - 8 Julai 2012
Tempat: Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya
Tema: Bunga Kertas - Tetap Menawan    
   
Masa Festival:
9.00 pg - 10.00 ptg (Isnin - Khamis)
9.00 pg - 12.00 tgh mlm (Jumaat - Ahad)

Masuk adalah PERCUMA

Bertemakan 'Bunga Kertas - Tetap Menawan' (Bougainvillea - Enduring Beauty) , FLORIA 2012 akan mempamerkan koleksi terbesar bunga kertas yang pernah dipamerkan di Malaysia dalam suasana taman. Dengan lebih 1 juta pengunjung dari seluruh dunia pada tahun lepas (FLORIA 2011), festival kali ini menjanjikan yang lebih menarik dan berwarna-warni yang pasti memikat hati.

Sambutan tahun kelima itu menjadikan Floria Putrajaya sebagai acara utama Putrajaya sejak beberapa tahun sebelumnya yang telah berjaya menarik pengunjung dari seluruh pelusuk dunia dan meningkatkan sektor pelancongan negara sambil meraikan kecantikan estetika susunan bunga-bungaan dipamerkan dalam pertunjukan tersebut.

Selain bunga-bungaan yang mempesona, pengunjung juga boleh mengambil bahagian dalam pelbagai kegiatan sampingan yang diadakan pada majlis itu termasuk bengkel, demonstrasi memasak dan berkebun, hiburan secara langsung, pertandingan fotografi dan juga pertandingan melukis.

Satu lagi tarikan di festival itu ialah perarakan bunga oleh Kementerian Pelancongan yang akan diadakan untuk kali kedua. Bertemakan 'Magic of the Night', perarakan itu adalah pertunjukan bunga yang disertai pelbagai negara dan pertubuhan yang diarak di atas bot di sepanjang Tasik Putrajaya dengan berlatar belakang landskap Putrajaya.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Jun 12, 2012

12 Komen:

  1. Insyallah akan ke sana untuk membidik gambar bunga kertas. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila lagi nak pakai kamera tu Bro kan..?
      inilah masanya..kasi PANAS sikit lens nya
      he he

      Padam
    2. :D Aktiviti wajib pemilik DSLR ni! Hehe..

      Padam
  2. bunga memang indah menyejukan pandangan :)

    BalasPadam
  3. assalam, menarik tu...

    BalasPadam
  4. jom bro zulkbo ;)

    tak sampai 1KM dari rumah..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah Bro..
      ada rezeki saya sampai :)

      Padam
  5. salam..
    menarik ni, tapi jauh pula.. bawak kamera tangkap gambar bunga lawa2 kat sana.. hehe

    BalasPadam
  6. Assalam..
    Bunga kertas kembali popular..
    Dulu2 macam2 warna ada kat dalam pasu rumah.

    BalasPadam
  7. masa untuk menguji bakat mengambil gmbar...hehe

    BalasPadam
  8. leh jdik aktiviti tarikan pelancong pula.. :)

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA