Gadis Bogel Ikon Perang Vietnam Kini Bahagia (Gambar)

Gambar seorang gadis Vietnam berumur 9 tahun meraung "terlalu panas! terlalu panas!", sambil berlari bogel di jalanan ketika kampungnya dibakar tentera Amerika dengan bom api, akan sentiasa menjadi ikon Perang Amerika-Vietnam sampai bila-bila.
 
 
Foto : AP

Jurugambar Associated Press (AP), Huynh Cong "Nick" yang mengambil imej hitam putih itu dianggap foto yang ikonik 40 tahun lalu menggambarkan kengerian Perang Vietnam  tanpa kata-kata. Ianya berlaku pada 8 Jun, 1972, apabila Kim Phúc (kini 49 tahun) ketika itu bersama keluarganya yang berlindung di sekitar Kuil Cao Dai telah diserang.

Akibat dari kesan bom api tentera Amerika itu, pakaian kapas yang dipakainya terbakar dan beliau berlari dalam keadaan terkejut sambil berbogel. Beliau kemudiannya jatuh dan tidak sedarkan diri. Jurugambar AP Press yang berusia 21 tahun ketika itu, membawa Phúc ke sebuah hospital kecil.

Di sana, beliau diberitahu kanak-kanak itu tidak berpeluang untuk selamat kerana tubuhnya 30 peratus terbakar kecuali bahagian muka dan kepala. Beberapa hari selepas imej yang mengejutkan dunia itu tersiar, jurugambar itu mendapat khabar dari wartawan lain, budak tersebut telah terselamat tetapi mereka tidak lagi bertemu selepas itu.


 
Gambar Phúc selepas 40 tahun

Selepas pembedahan cantuman kulit dan pelbagai lagi pembedahan susulan, Phúc akhirnya dibenarkan pulang dan menjalani  kehidupan normal. Satu ketika selepas itu, beliau juga diterima masuk ke sebuah sekolah perubatan dan menjalani kehidupan dengan pelbagai warna-warni. Kini selepas 40 tahun, Phúc, bahagia sebagai seorang ibu kepada dua orang anak dan suami yang tersayang.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Jun 03, 2012

12 Komen:

  1. tanggungjawab kita menjaga keamanan negara..

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama03 Jun, 2012

    Salam Saudara Zulkbo,

    Kak Ani masih ingat gambar ni.

    Dah dewasa orangnya dan cantik pulak tu. Kebesaran Allah.

    BalasPadam
  3. panjang umur dia yek

    p/s: Kumpulan Abang2 Keluar UMNO, Takbir 3x :)

    BalasPadam
  4. Salam
    Selamanya perang memang kejam
    Tambah lagi bila berperang kerana berebutkan dunia

    BalasPadam
  5. walaupun kesan terakar tu pulih tapi peristiwa itu pasti terpahat kekal di hatinya..

    BalasPadam
  6. Bom api? kena cai maklumat lagi kalau macam ni..mmg kejam dorang nih.

    BalasPadam
  7. Walaupun peristiwa hitam tersebut telah lama berlalu ia tetap meninggalkan kesan memori pahit seumur hidup.

    BalasPadam
  8. apa yang berlaku semasa kecil menjadi ingatan sampai bila-bila apatah lagi perkara ngeri macam nie..

    BalasPadam
  9. Assalam..
    Memang pengalaman berharga dalam hidupnya walaupun pahit untuk dikenang..

    BalasPadam
  10. dalam duka ada bahagia..

    BalasPadam
  11. kenangan yang begitu sukar untuk dilupakan...sangat2 berguna

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA