Tonton LIVE Gerhana Matahari Cincin 2012 : Ring Of Fire (Anulus)

Dikenali sebagai Gerhana Anulus "Ring of Fire", kejadian pertama seumpamanya boleh dilihat dari tanah besar Amerika Syarikat sejak tahun 1994. Rantau itu tidak akan melihat satu lagi gerhana itu sehingga 2023. Anda boleh saksikan secara langsung (LIVE) gerhana matahari terbaru ini melalui laman web ini.

Menurut Portal Pendidikan Sains Angkasa Malaysia, gerhana matahari itu juga dapat dilihat di Brunei dan sebahagiannya di Indonesia secara separa. Malaysia tidak dapat melihat keseluruhan fasa gerhana separa itu kerana ia dijadual berlaku ketika matahari terbit pada 21 Mei. 



Gerhana matahari berlaku apabila bulan melintasi antara bumi dan matahari, serta melindungi secara keseluruhan atau sebahagian imej matahari daripada pencerap yang berada di bumi. Gerhana matahari Anulus berlaku apabila diameter ketara seperti bulan lebih kecil daripada cakera matahari menyebabkan matahari kelihatan seperti anulus (cincin) dan menyekat kebanyakan daripada cahaya matahari

Menurut portal itu, fasa anulus akan dapat dilihat dari kawasan pantai China, utara Taiwan, selatan Jepun dan bahagian barat Amerika Syarikat serta Kanada. Guangzhou, Taipei, Tokyo dan Albuquerque berada di laluan pusat gerhana maksimum akan berlaku di Pasifik Utara, Kepulauan Aleutian selatan bagi tempoh lima minit dan 46.3 saat. Ia akan tamat di bahagian barat Amerika Syarikat.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Mei 21, 2012

5 Komen:

  1. kita dpt tengok sikit je yek

    subhanallah hebatnya ciptaan Allah
    bagi yang berfikir

    BalasPadam
  2. kuasa yang menakjubkan..Allah Maha Besar

    BalasPadam
  3. putaran bumi dan planet2 lain tidak berlanggar antara satu sama lain..mmg takjub..

    BalasPadam
  4. salam
    ciptaan Yang Maha Esa untuk manusia yang mahu berfikir

    BalasPadam