Samsung Galaxy S III

Samsung Galaxy S III dijangka boleh didapati di pasaran Malaysia bermula 30 Mei  2012 dalam dua warna, iaitu Pebble Blue dan Marble White. Model ini akan datang dengan pilihan tiga kapasiti storan dalaman, 16GB, 32GB dan 64GB,  yang mana boleh ditambah sehingga 64GB dengan kad SD mikro. Selain itu, pemilik-pemilik Galaxy S III akan diberikan satu akaun 50GB Dropbox percuma selama dua tahun.



CIRI-CIRI TERKINI Samsung Galaxy S III

Ciri terbaik yang dimasukkan ke dalam Galaxy S III ialah GERAKAN ISYARAT. Ia bukan sahaja membuat anda tampak bergaya tetapi memenuhi fungsi sebagai satu cara yang mudah untuk menggunakan telefon anda. Terdapat fungsi-fungsi seperti ‘direct call’, ‘turn over to mute’ dan ‘palm swipe to capture’ pada model terkini Samsung ini.

1- ‘Direct call’ membolehkan anda membuat panggilan dengan hanya meletakkan telefon ke telinga anda (teknologi menjadikan dunia semakin mudah).

2- Gerakan isyarat ‘palm swipe to capture’ yang mengambil screenshots pada telefon anda, menjadi sebegini mudah pada Galaxy S III. Anda hanya perlu meleret tapak tangan anda merentasi skrin dan telefon dengan automatik mengambil satu screenshot.

3- S-VOICE. Ia sebagaimana ciri yang terdapat pada pembantu suara Apple, SIRI. Anda boleh meminta laporan terkini cuaca, memprogramkan penggera, menetapkan temujanji di kalendar anda dan sebagainya.

4- Ciri untuk kamera, terdapat ‘buddy photo share’. Ini ialah satu cara  untuk anda dan rakan anda berkongsi gambar dengan mudah dan cepat. Contoh anda pergi bercuti bersama rakan-rakan anda dan rakan atau anda mengambil gambar-gambar berbeza tetapi dengan ciri ‘buddy photo share’, anda semua kembali dengan gambar-gambar yang sama. Jadi, anda tidak perlu lagi meminta sahabat anda untuk memuat naik gambar-gambar di Facebook mulai sekarang.

5-  Kamera mempunyai ciri ‘burst mode’ dan Galaxy S III hanya boleh mengambil 20 gambar dalam satu ‘burst’. Dengan semua gambar tersebut, ia agak sukar untuk memilih gambar yang terbaik. Samsung telah menghasilkan satu ciri yang dipanggil ‘best shot’. Dari satu ‘burst’ 8 gambar, Galaxy S III akan mencadangkan gambar yang terbaik. Dan apabila anda selesai bergambar, anda boleh dengan mudah berkongsi gambar-gambar dengan rakan-rakan anda terima kasih kepada ciri 'S Beam'. Dengan cip NFC dan teknologi ‘WiFi Direct’, anda kini tidak dihadkan untuk berkongsi hanya data kecil seperti nombor telefon sahaja.

6- Untuk membuktikan keupayaan cip pemproses teras empat Samsung Exynos, Galaxy S III mempunyai satu ciri ‘pop up play’ yang membolehkan penugasan berbilang masa nyata pada telefon Ice Cream Sandwich anda. Ketika anda sedang menikmati satu video HD pada skrin 4.8 inci Super AMOLED HD, anda boleh ‘pop up’ pemain video dan terus menikmati video tersebut sambil membalas teks mesej di masa yang sama, contohnya.

7- Bagaimanakah skrin Galaxy S III? Ianya mempunyai sistem warna Pentile yang bermaksud Galaxy S III mempunyai sistem warna RGBG yang berlainan daripada RGB pada skrin biasa. Jadi, tiada apa yang boleh mengalahkan Super AMOLED. Anda pasti tidak kecewa jika memilikinya nanti.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Mei 12, 2012

10 Komen:

  1. Model telefon pintar tercanggih dan terbaik didunia setakat ini..adakah Apple hanya akan berpeluk tubuh?bagaimana dengan model iphone5 mereka yang di war-warkan sebelum ini..?Kita TUNGGU........

    BalasPadam
    Balasan
    1. ...ada yang sama taraf dengan kecanggihan Samsung Galaxy S3. Pihak LG baru saja memperkenalkan LG Optimus 4X HD menyamai ciri yang ada pada Samsung Galaxy S3, HTC One X juga hampir sama hebat dengan begitu juga Samsung Galaxy Nexus. Sony Xperia S turut memberi saingan sengit selian Huawei Ascend P1S yang merupakan smartphone paling nipis setakat ini.

      Padam
  2. wa3..
    tertunggu3 berapakah harganya ;D

    BalasPadam
    Balasan
    1. ..jangkaan dalam RM1,999-RM2,200 lebih kurang.

      Padam
  3. Assalam..
    Ciri yang 1 tu, mungkin kredit akan habis kalau dibiarkan pada anak2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Telefon mahal gini jangan ajar anak main..he he..
      apa pun ciri pertama tu boleh dinyahaktif kalau
      rasa membebankan nanti kan..?

      Padam
  4. kaler putih tu mmg cantik.. :)

    BalasPadam
  5. Salam
    Nampak gaya kena kumpul duit lagi la ni
    Haha

    BalasPadam
  6. Sungguh canggih Samsung Galaxy SIII kalah desktop computer.

    BalasPadam
  7. iphone lg best pd samsung,cap mesin basuh lol

    BalasPadam