TERKINI : BERSIH 3.0 Dibenarkan Kerajaan Mengikut Akta Perhimpunan Awam 2011

TERKINI, BERSIH 3.0 Dibenarkan Kerajaan untuk berhimpun, setelah mengambil kira Akta yang baru digubal di Parlimen tahun lepas, Akta Perhimpunan Awam 2011 menurut sumber. Rakyat dibenarkan berhimpun secara amam pada 28 April nanti, asalkan mengikut apa yang termaktub dalam Akta tersebut.


Kerajaan tiada masalah membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 dilangsungkan seperti dirancang selagi penganjur mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2011 dan tidak menimbulkan sebarang gangguan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, atas semangat akta yang baru digubal itu, kerajaan tidak akan melarangnya.

Ditanya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini, Hishammuddin berkata kumpulan itu boleh berhimpun tetapi tidak boleh menyusahkan orang awam atau menjejas ketenteraman awam.

Ditanya sekiranya penganjur boleh menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan, Hishammuddin bagaimanapun tidak memberikan jawapan jelas.

Sebaliknya, beliau berkata penganjur perlu berbincang dengan polis dan mencari lokasi lain supaya tidak menjejaskan orang awam.

Penganjur perhimpunan itu, BERSIH 2.0, sebelum ini mengumumkan bahawa perhimpunan berkenaan akan dijalankan selama dua jam bermula jam 2 petang pada 28 April di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Perhimpunan dengan tema "Duduk Bantah" itu juga akan diadakan serentak di lokasi tertentu seluruh negara dan negara lain.

Perhimpunan berkenaan juga akan disertai oleh Himpunan Hijau – perhimpunan untuk membantah loji nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant di Gebeng, Pahang.

NOTA : Buat para peserta perhimpunan ini nanti harapan saya, agar dapat mematuhi syarat perhimpunan di tempat awam dan tidak menimbulkan kekecohan sehingga menimbulkan huru-hara. Nasihat saya juga, berhati-hatilah kerana pasti ada mereka yang tidak berpuas hati dengan kelulusan ini akan menimbulkan provokasi untuk mencetuskan suasana kurang selesa pada hari perhimpunan itu nanti.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, April 10, 2012

8 Komen:

  1. lulus pasti ade pihak yg akan membuat kecoh nanti

    BalasPadam
  2. tkut ade yg mengambil kesempatan menimbulkan huru hara..

    BalasPadam
  3. Salam
    Molek sangat kalau orang tamai mengelakkan laluan berdekatan kawasan perhimpunan
    Elakkan kesesakan atau terkandas dalam perjalanan

    BalasPadam
  4. Assalam...
    Jangan terjadi apa2 yang boleh membahayakan nyawa sudah la..

    BalasPadam
  5. Kalau ikut peraturan dan undang2 rasanya ok dah tu...jadikan Malaysia contoh tuk negara2 lain.

    BalasPadam
  6. harap semua nya aman dan bersih.

    BalasPadam
  7. ada lagi bersih??? buat elok2 kali ini dan betul2 takda kejadian yang tak di ingini.., tapi mesti ada yang buat onar tuh..huhu

    BalasPadam
  8. Selalunya kalau ada perhimpunan tentu ada sekatan jalan hingga menyusahkan semua orang atau disengajakan.

    BalasPadam