(Terkini) SBPA Dibatalkan SSM Tetap Digunakan

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan sistem saraan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Sementara itu Najib, turut mengumumkan penubuhan suruhanjaya yang dianggotai oleh semua pihak berkepentingan yang bekerja bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia.
 

"Selaras dengan komitmen kerajaan sebagaimana yang diumumkan dalam ucapan belanjawan 2012 suka saya umumkan pelarasan gaji berdasarkan Jadual Gaji Matriks (JGM) SSM," katanya pada Perhimpunan Khas Penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Najib berkata, kerajaan juga bersetuju menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dinaikkan daripada RM200 sebulan kepada RM250, dan bagi kawasan C kadarnya dinaikkan daripada RM100 sebulan kepada RM150 sebulan.

"Kerajaan juga bersetuju Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekalkan pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.

"Kepada para guru jangan gundah gulana. Kerajaan amat komited terhadap kebajikan dan prihatin terhadap kebimbangan anda. Di sini saya mengumumkan bahawa kerajaan akan mengekalkan keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip 'time-based' Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012," katanya.

Justeru, Mohd Najib berharap keputusan tersebut dapat meredakan ketidakpuasan hati yang wujud di kalangan penjawat awam di semua peringkat.

"Bagi isu-isu lain berkaitan perkhidmatan dan skim perkhidmatan, perkara ini akan dikaji oleh suruhanjaya yang saya umumkan.

"Saya berdoa ke hadrat Allah SWT agar keputusan yang dibuat ini mudah-mudahan menjadi penyelesaian terbaik bagi manfaat seluruh penjawat awam," katanya.

Antara pelarasan gaji yang diumumkan mengikut gred-gred adalah seperti berikut:

1) Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi kumpulan pengurusan dan profesional dan kumpulam pelaksana di Gred 1 hingga Gred 54.

2) Pelarasan gaji sebanyak 9 peratus untuk gred utama dan gred khas C, B dan A.

3) Pelarasan gaji sebanyak 8 peratus untuk Turus III dan Turus II.

4) Pelarasan gaji sebanyak 7 peratus untuk Turus 1 dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Sumber: mStar



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Mac 08, 2012

22 Komen:

  1. Tanpa Nama08 Mac, 2012

    baguslah dh naik gaji. gaji akak sekarang ni tak cukup utk beli baju, makan, beli barang kemas dan tanggung bf akak.

    BalasPadam
  2. bagi saya. kelebihan blog ini adalah, berita-berita terkini adalah cepat dikemaskini.. (",)

    BalasPadam
  3. lawak la kak anon atas ni..kih kih kih

    ok la tu pada tak naik.. naik sikit ambik..tp lawan ttp lawan..hehehe

    BalasPadam
  4. Ada kenaikan gaji, itu yang penting .. :)

    www.anastasyea.com

    BalasPadam
  5. BISP tu camne bro zul?? :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Contoh elaun guru Pendidikan Khas
      rasanya kekal yang lama..tu pun
      dah tinggi :)

      Padam
  6. ahaks mak anon buat lawak la pulak! hehe...en.zul amy x amek port sangat hal nie sebab x keje gomen kan...

    BalasPadam
  7. nasib naik gaji
    kalau tak....

    BalasPadam
  8. benefit utk yg kontrak cmne lak?

    BalasPadam
  9. gaji naik rege brg pon naik huhu :(

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama08 Mac, 2012

    ada sesiapa yang tahu macam mana nak kira berapa byk kenaikan?gaji basic x 13% ker?

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama08 Mac, 2012

    he he

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama08 Mac, 2012

    Semoga ianya bermanfaat kepada semua kakitangan awam. Jangan barang naik harga dah, kesian orang macam saya yang dah bersara tak berpencen ni.

    BalasPadam
  13. Permintaan saya supaya agensi lebih agresif mengawal kenaikan harga barang pada bulan-bulan akan datang.

    BalasPadam
  14. janji gaji naik jgn rugi sgt sudah :)

    BalasPadam
  15. Harap lepas ni tiada lagi mana-mana pihak yang menyuarakan rasa tidak puas hati

    BalasPadam
  16. assalam, dah terjawab apa yg ditunggu2....skrg buat je kerja masing2...

    BalasPadam
  17. Gaji gomen naik, harga brg naik, yg swasta merana... Hukhkhuk

    BalasPadam
  18. Tanpa Nama11 Mac, 2012

    kalau nak bagi time based bagi la semua kepada sektor awam...semuanya penting pada negara...

    BalasPadam
  19. Tanpa Nama11 Mac, 2012

    kalau nak bagi time based bagi la semua kepada sektor awam...semuanya penting pada negara...

    BalasPadam
  20. GAJI DAH NAIK TP KAMI SEMUA BLM DPT MERASA BONUS 2 BULAN GAJI X MCM SEKTOR SWASTA BERGANDA-GANDA BONUS DPT, KAMI YG PENAT LELAH SELAMA INIPUN NK GAK MERASANYA.

    BalasPadam
  21. YG TERKILANNYA KENAIKAN BLM DIUMUMKAN LAGI BARU DGR URA-URA TP BRG RUNCIT DAH MELAMBUNG NAIKNYA NAPE EKK? K'JAAN X PANTAU KE ORG YG X BTANGGUNGJAWAB YG MENAIKKAN HARGA BARANG TSBUT. MCMNE KITORG NK MERASA DUIT LEBIH KLU MCMNI JADINYA..

    BalasPadam