Nurul Nadhirah Abdullah atau Dirang Akhirnya Mati Dibakar? Kejamnya Manusia



Nurul Nadhirah Abdullah atau Dirang yang dilaporkan hilang pada 1 Mac lalu kira-kira 11 pagi ketika keluar untuk membeli mee segera dan telur di kedai runcit di kawasan flat kediamannya di sahkan mati oleh pihak polis.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Roslan Zainuddin hari ini mengesahkan mayat rentung ditemui di Nusa Damai, dekat Seri Alam pada 8 Mac lalu sebagai kanak-kanak malang yang dilaporkan hilang sebelum ini iaitu Nurul Nadirah Abdullah (Dirang), 5 tahun.

Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, polis menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA tulang tersebut yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya.

Menurut pihak polis, walaupun siasatan awal mendapati mayat rentung itu milik manusia dewasa, namun hasil ujian DNA yang dikeluarkan itu mendapati ia adalah milik Dirang yang dilaporkan hilang sejak 1 Mac. SUMBER

NOTA: Salam semua, kita perlu belajar dari peristiwa demi peristiwa kehilangan anak-anak kecil yang diculik dan akhirnya ditemui mati dibunuh dengan begitu kejam sekali oleh manusia yang bukannya bersifat manusia lagi. Adakah sudah semakin tidak selamat di negara kita kini? Jika dulu seawal tahun 70an zaman saya bersekolah rendah, kita bebas berjalan kaki ke sekolah tanpa kerisauan mak ayah melepaskan kita pergi.

Tapi kini, jangan kata ke sekolah berjalan kaki, malah ke kedai di hadapan rumah sekali pun sudah tentu belum selamat lagi. Terlalu banyak yang tidak kita ketahui  niat dan hati orang lain di sekeliling kita. Berbaik sangka juga perlu berpada kini, kerana selalunya orang yang cuba mengambil kesempatan dengan kita adalah antara orang yang kita kenali sebelum ini, jadi perlu ada rasa curiga juga di hati dalam pergaulan.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Mac 13, 2012

19 Komen:

  1. Makhluk Allah secomel itu pun manusia penjenayah
    sanggup membunuh dan membakarnya..tiadakah lagi
    sifat kemanusiaan dalam diri orang itu..?KEJAM!

    BalasPadam
  2. sangat sangat tak sangka ada orang nak nak culik budak pastu dibakar, memang kejam, apa tujuan dia berbuat begitu

    BalasPadam
  3. Penakhiran pencarian adik Dirang berita kematian yang tragis. Manusia apakah yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

    BalasPadam
  4. Assalam..
    Saya sendiri rasa sedih dengan berita mengejutkan ni..Anaknya seusia dengan anak saya. Memang tak harap anak keluar sorang2 walaupun sekadar di depan pagar rumah. Langkah kaki melepasi gril pun hati sentiasa risau..Moga jadi pengajaran untuk ibu bapa lain atas peristiwa yang terjadi.
    Al-Fatihah dan takziah untuk keluarganya..

    BalasPadam
  5. assalam, mmg ada manusia yg dah hilang akal hingga sanggup menyeksa dan membunuh kanak2 yg tak berdosa....simpati dgn ibu bapa Dirang, harap tabah hadapi ujian Ilahi.

    BalasPadam
  6. salam tuan tanah,

    Al-fatihah untuk adik Dirang yang nampak sangat girang dalam gambar kat atas...


    Sebenarnya... ini lah isu paling penting perlu diangkat oleh pemimpin kita. Tak kira kerajaan atau pembangkang. Bagi balik keamanan di negara kita ini. Bagi balik kebebasan untuk anak-anak membesar tanpa perlu ada rungsing dan risau. Bagi balik peluang untuk bermain di padang hijau, melihat bunga, mengejar rama-rama... ini yang sepatutnya menjadi isu utama untuk semua parti politik... masa depan anak-anak!!!

    Maaf emo sikit cakap pasal anak-anak nih..

    just my 2cents

    BalasPadam
  7. hi lah manusia bila berhati syaitan
    geram mendidih rasanya
    x nak cakap apa

    BalasPadam
  8. Salam zulkbo..

    Memang amat menyedihkan bila mendengar tentang berita pembunuhan kejam terhadap kanak-kanak. Apa salah dosa mereka sampai dilakukan seperti itu.

    Sekarang dah bermacam2 kes macam ni. Tapi apa hukuman terhadap salah laku tersebut. Pihak berkenaan perlu meletakkan hukuman yang tinggi terhadap salah laku macam ni. Biar jadi pengajaran.

    Al-fatihah dan takziah untuk keluarganya.

    BalasPadam
  9. siapalah punya angkara ni. memang celaka sungguh.

    BalasPadam
  10. Sangat kejam dan saya juga mengutuk sekeras2nya perbuatan seperti itu. Semoga Allah membalas dengan balasan yg setimpal kepada mereka...

    BalasPadam
  11. Sungguh tergamak mereka membunuh dan membakar akan secomel ini
    Memang buta hati sungguh

    BalasPadam
  12. salam..menangis sya menatap wjah comel itu.apakah dosanya.fikiran ini terasa bgaimana azabnye diakhir nyawa. Ya Allah Engkau berilah pembalasan yang setimpalnya kpd si syaitan itu

    BalasPadam
  13. Tak tau lah ape dah jadi dengan manusia yg melakukan ni semua..
    apapun takziah untuk keluarga adik ni...

    BalasPadam
  14. Melihat gambar sikecil yg ceria, luluh rasa hati mengenangkan reaksinye yg hendak dibakar. Sambil menulis pun hati dah sebak belum lg melihat mayatnye. Al fatihah buat keluarga dirang n tolonglah jaga anak2 yg lain carefully walaupun mereka dah besar. Jgn disebabkan kesibukan kite dirumah kite lepaskan sedikit beban itu kepada mereka. Padahnye lebih menyakitkan.

    BalasPadam
  15. Salam...

    Semoga si pembunuh menerima balasan setimpal...

    BalasPadam
  16. Salam,
    Kejam sungguh. Semoga penjenayah tu menerima hukuman setimpal
    dan biarlah kisah tragik jadi pengajaran untuk kita semua

    BalasPadam
  17. sungguh kejam. semoga yang melakukannya mendapatkan balasan yang setimpal

    BalasPadam
  18. jahat betul tu orang ya...

    BalasPadam
  19. roh yg sesuci itu syurga tempatnya, moga orang yang bertanggungjawab mendpt balasan yg setimpal, dan menjadi pedoman buat semua..alFatihah..

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA