Lagu Bawaku Pergi Diharamkan Dan Penjelasan Penciptanya Malique

Baru-baru ini akhbar Utusan Malaysia melaporkan rungutan Presiden Majlis Pemuafakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohd Ali Hassan yang meminta lagu tersebut diharamkan kerana membawa unsur negatif serta boleh mendorong remaja lari dari rumah.

Berikutan rungutan itu, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menentukan sama ada lagu tersebut wajar diharamkan ataupun sebaliknya. Lagu tersebut akhirnya diharamkan penyiarannya.


LIRIK LAGU BAWAKU PERGI
    bawa aku pergi
    pacu laju-laju
    kita lari dari realiti
    bawa aku pergi
    pacu laju lagi
    malah kita
    tak perlu kembali

    tengah malam nanti
    tolong jangan lupa
    jangan mungkir janji
    aku dah teruja
    sudah cukup lama
    aku tunggu saat ini
    sejak kali terakhir kau hantar pulang
    hidup sungguh sepi
    tolong jangan bilang mama
    tolong jangan bilang papa
    malah jangan bilang teman karibmu
    jangan bilang sesiapa

    oh, buku merah jangan lupa bawa
    moga-moga belum tamat tempoh
    kali ini kita pergi lebih lama
    pergi lebih jauh, ayuh

    bawa aku pergi
    pacu laju-laju
    kita lari dari realiti
    bawa aku pergi
    pacu laju lagi
    malah kita
    tak perlu kembali

    mata dalam kaca, topi berceloreng
    sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
    hanya perlu siul, tidak tekan loceng
    hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
    kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
    bawa bekal air muka cuci aib bopeng
    lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
    lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

    tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
    tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
    lari-lari baling bola salji depan gua
    sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
    tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
    tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
    lari-lari baling bola salji depan gua
    tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

    bawa aku pergi
    pacu laju-laju
    kita lari dari realiti
    bawa aku pergi
    pacu laju lagi
    malah kita
    tak perlu kembali

    bila kita pergi
    apa kan berlaku
    siapa kan peduli
    siapa ambil tahu
    hidup kita tempuh
    untuk apa saja
    tidak kira mana kembara membawa
    kita kan bersama

    oh, buku merah jangan lupa bawa
    moga-moga belum tamat tempoh
    kali ini kita pergi lebih lama
    pergi lebih jauh, ayuh

    bawa aku pergi
    pacu laju-laju
    kita lari dari realiti
    bawa aku pergi
    pacu laju lagi
    malah kita
    tak perlu kembali


Lagu nyanyian Zizan Razak dan Kaka itu diterbitkan oleh syarikat rakaman Warner Music dan telah dipasarkan pada Februari lalu. Dalam kenyataan tersebut, Malique turut menjelaskan maksud dan bagaimana lagu Bawaku Pergi itu dicipta.

Sungguhpun begitu, Malique dalam kenyataannya itu turut menuntut keadilan dari pihak kerajaan supaya dia dibicarakan dahulu sebelum mengambil keputusan yang dianggap drastik sebegitu.



KENYATAAN MALIQUE
"Pada tahun 2008, saya menulis lagu Pergi Jauh untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali. Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu Bawaku Pergi sebagai susulan kepada lagu Pergi Jauh.

"Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri. Lagu ini dicipta dari sudut pandangan seorang isteri kepada suaminya.

"Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet atau Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerana itulah datangnya ayat, 'puncak dunia kita duga'. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya.

"Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatakan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua 'pentafsir profesional' gagal untuk mengulas tentang bait tersebut? Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, 'pergi lebih lama, pergi lebih jauh'.

"Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan. Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya.

"Saya gemar mengembara, dalam dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja," luahnya dalam kenyataan tersebut.  ( www.murai.com)


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Mac 31, 2012

10 Komen:

  1. lagu x dinafikan ada kesan kepada pendengar. buatlah lirik2 yang benar2 jelas maknanya agar x disalahertikan ya..

    BalasPadam
  2. itu kata pencipta ... tapi apa pula fikiran pendengar .... jika begitu terangkanlah liriknya agar tidak disalah tafsir

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika mereka bertanggungjawab mereka akn fikir tanggapan org len..

      Padam
  3. Salam, apa yang tersurat mungkin tidak sama dgn apa yang tersirat... appun jika seseutu seruan yang tidak baik yang mempunyai kesan tersendiri eloklah di haramkan...

    BalasPadam
  4. Lirik lagu memberi berlainan kepada orang diluar sana menafsirkan. Mungkin ada kegagalan tersebut untuk memahami bait-bait lirik mengundang kontroversi.

    BalasPadam
  5. Dia nak meyalahkan orang tidak memahami liriknya sebagai kurang matang. Sedangkan dia tidak ambil peduli tentang permasalahan remaja kini. Adakah jika kita menolak lirik lagu ini wajar dikatakan golongan bodoh? Saya sebagai seorang ibu sangat2 membantah lagu ini yang sering berkumandang di radio.. Macam orang kurang akal saban hari menyiarkannya sedangkan ramai remaja kita yang lari ikut kekasih atau kawan2, termasuk ke Lombok, ke Thailand. Bukan dia sahaja yang tidak sensitif malah yang menyiarkan lagu ini di radio pun seharusnya rasa bersalah. Mohon maaf tuan punya blog... saya agak emosi dlm hal ini memandangkan saya juga punya anak2 yg meningkat remaja.

    BalasPadam
  6. mengapa lagu indon yang berunsurkan peluk dan cium x di haramkan...dan mengapa lagu inggris yang berunsurkan kegiatan remaja bersuka ria diwaktu malam contoh pergi ke Club..kerajaan x haramkan....

    BalasPadam
  7. Assalam..
    Fikiran penulis pastinya tak sama dengan fikiran remaja yang mendengar maksud lagu tersebut, tafsirannya juga berbeza. Elokla diharamkan jika bawa kesan negatif.

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama01 April, 2012

    salam..pemikiran remaja kadang2 cuma untuk berseronok dan tidak berfikiran jauh.lebih baik diharamkan jika membawa kepada masalah sosial.bukan untuk menghukum tetapi sebagai iktibar kepada penggiat seni supaya lebih berhati-hati dalam berkarya.

    BalasPadam
  9. Hehehe...simboliknya lirik lagu tu yekk...tu la, len kali nak buh lirik biar yg jangan mudah disalah ertikan...baru la tak jadi masaalah.

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA