Gambar Sekitar Kebakaran Kecil Pusat Membeli Belah Terkenal Suria KLCC

Beratus-ratus orang telah diarah keluar dari pusat membeli-belah terkenal Suria KLCC akibat daripada kebakaran kecil yang berlaku di sebuah restoran di dalam bangunan pusat membeli-belah terkenal itu.

Menurut saksi, beberapa orang melihat kepulan asap keluar dari sebuah restoran dan memanggil pihak keselamatan pusat beli-belah, kata seorang jurucakap bagi pengurusan KLCC.




Pelanggan pusat membeli-belah dan para pekerja kedai-kedai yang menyewa dengan Suria KLCC adalah antara yang pertama yang dipindahkan diikuti oleh gedung Isetan dan Parkson yang menutup sementara cawangan mereka.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Azizan Ismail mengesahkan kejadian dan berkata api telah dipadamkan dan tiada mangsa dan kecederaan dilaporkan.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Mac 29, 2012

9 Komen:

  1. fuuu, rare betul...


    Jemput singgah blog Azri.My

    BalasPadam
  2. mujur x kemalangan jiwa yek

    BalasPadam
  3. Tuan tanah keje klcc ke? Panas dr farm nie... Hehehee

    BalasPadam
  4. Nasib baik semuanya selamat .. ^__^


    www.anastasyea.com

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama29 Mac, 2012

    Alhamdulillah tiada kemalangan nyawa.

    BalasPadam
  6. Syukurlah ya..x ada mangsa..ucapkanlah alhamdulillah

    BalasPadam
  7. Berita kebakaran di KLCC akan menjadi head news kerana nama KLCC sendiri sudah terkenal.

    BalasPadam
  8. salam
    mujur juga tak ada kemalangan jiwa
    harap2 juga tak ada yang ambil kesempatan untuk mencuri

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA