Cara Semak Keputusan STPM 2011 Online Dan SMS

Bagaimanakah melakukan semakan keputusan STPM 2011 secara online dan SMS? Semakan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2011 sudah boleh disemak bermula  selepas jam 12:00 tengahari, hari Rabu, 7 Mac 2011 nanti.

Kepada semua para pelajar yang mengambil peperiksaan STPM 2011 tahun lepas, semakan keputusan STPM anda boleh dibuat terus melalui sekolah masing-masing ataupun melalui perkhidmatan semakan dalam talian (online) dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS).



  • Cara Semak Keputusan STPM Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
Taipkan, STPM Result, kemudian jarakkan dan masukkan Nombor Kad Pengenalan kemudian  hantar ke 15888.
Contoh:
1-     STPM Result 897345-02-3342
2-     Hantar ke nombor 15888

  • Cara Semak Keputusan STPM Secara Dalam Talian (Online)
Selain semakan melalui SMS, anda juga boleh menyemak keputusan STPM anda secara dalam talian (online) dengan melayari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia di SINI.

Selamat melakukan semakan dan semoga berjaya kepada semua calon. Lepas ini bolehlah memohon ke mana-mana IPTA Kerajaan mahupun Swasta. Pada yang tidak berjaya jangan putus asa dan masih boleh mencuba di lain masa.

Jangan lupa tarikh pendaftaran untuk calon-calon Peperiksaan STPM 2012. Tarikh tutup pada 29 Mac 2012, hari Khamis (bagi Calon Sekolah Swasta dan Calon Persendirian Individu).



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Mac 05, 2012

4 Komen:

  1. isteri kome x senang duduk dah
    dia ajar pengajian am :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pengajian Am senang lulus tu..
      jangan risau kata ke Mrs aok ter..
      mesti 100% lulus kali nih :)

      Padam
  2. Ada ibu bapa dan guru yg lebih berdebar berbanding calon periksa
    Hehe

    BalasPadam
  3. kita yang keluarga pun lebih debor2 tunggu result..

    BalasPadam