Budaya Lesbian Dan Gay (LGBT) Mendapat Tempat Di Malaysia ?

Kajian yang dilakukan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendapati sebanyak 21 laporan polis telah dibuat sepanjang tahun lalu berkenaan pembabitan pelajar sekolah rendah dan menengah dalam kegiatan seks luar tabii yang lebih di kenali hubungan sex sejenis.

Presidennya, Azwanddin Hamzah berkata, statistik bagi seluruh negara itu amat membimbangkan dan keadaan dijangka menjadi lebih dahsyat sekiranya perjuangan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) mendapat tempat di negara ini.

"Untuk bulan Januari tahun ini sahaja, sudah empat laporan polis dibuat mengenai kes ini yang membabitkan pelajar-pelajar sekolah dan itu tidak mengambil kira lagi kes-kes yang tidak dilaporkan.

"Kita lihat masalah keruntuhan akhlak ini semakin menjadi-jadi dan lebih merisaukan adalah apabila terdapat hampir 20 NGO (pertubuhan bukan kerajaan) serta beberapa parti politik yang secara terbuka menyokong LGBT," katanya (UTUSAN)

NOTA : Satu budaya barat yang semakin menular dan menjadi ikutan di negara kita sekarang. Budaya yang merosakkan sistem kekeluargaan dan agama apabila menjadi amalan kehidupan. Masih ingat dengan kes perkahwinan gay Ariff Alfian Rosli dengan pasangan sejenis di luar negara? Sampai ke tahap itu keberanian golongan ini melahirkan keberanian mereka mempertahankan budaya songsang ini. Harapan saya kerosakan akhlak sebegini perlulah di bendung segera dan pihak yang berwajib perlu bertindak tegas terhadap golongan sebegini dengan memikirkan cara terbaik memulihkan semula golongan yang terpesong ini agar kembali ke pangkal jalan sebelum ianya sudah tidak dapat dibendung lagi.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Mac 11, 2012

16 Komen:

  1. Na'uzubillah...Ya Allah, peliharalah zuriat dan keturunanku...

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama11 Mac, 2012

    Assalamualaikum Saudara Zulkbo,

    Teringat kata-kata seorang kawan bila berbicara tentang anak-anak yang masih bersekolah dah pandai bergirl friend/boy friend. Dia kata seandainya anak lelaki kita berminat dengan perempuan dan anak perempuan kita berminat dengan lelaki kerana ini menunjukkan anak kita adalah normal. Kita harus bersyukur dan kita bimbang mereka ini supaya tidak tersasul.

    Semoga dengan didikan agama yang kita berikan pada anak kita dan doa kita setiap hari dapat menjadi pendiding kepada mereka walau di mana mereka berada.

    BalasPadam
  3. Semoga keturunan kita dijauhkan daripada bala sebegini. Nauzubillah.

    BalasPadam
  4. Kenapalah perkara ini berlaku tidak cukup didikan agama sejak lahir diberikan daripada menghalang melakukan perbuatan keji ini. :-(

    BalasPadam
  5. selagi kita tidak kembali kpd islam sepenuhnya
    gitulah jadinya

    p/s: lawo background :)

    BalasPadam
  6. Semalam ada terbaca (dah lupa kat mana) perjuangan wanita untuk sama mendedahkan dada seperti lelaki
    Memang semakin kacau dunia ni kalau mahu ikut akal dan hak asasi sahaja

    BalasPadam
  7. Assalam..
    Ada juga terbaca tentang nak ubah undang2 yang dikatakan terlalu berat untuk pesalah...Itulah undang2 ciptaan manusia.
    Kalau laksanakan undang2 Islam, mungkin banyak masalah dapat di atasi.

    BalasPadam
  8. makin bertambah golongan ni bro!

    BalasPadam
  9. harap perkara ini akan dibendung dr terus merebak

    BalasPadam
  10. wanauzubillahimindzalik!!
    moga Allah tidak menimpakan kita dengan bala dari murkanya

    BalasPadam
  11. nauzubilah hu minzalik..
    paparan yang sama dikongsikan dlam mingguan malaysia semalam Amat mengejutkan ..dari statistik us hussim, daripada 10 lelaki di ibukota 3 adalah gay..Apanak jadi generasi depan ???

    BalasPadam
  12. eee takut bila tengok benda2 mcm ni berlaku dalm klngan masyrkat kn..pe2 pn yg pasti iman dalam diri mesti kuat..jgan mudah terpengaruh

    BalasPadam
  13. semakin hari semakin jauh dr agama, syaitan pun sangat sukalah n senang je nak cucuk macam2 jenis carum

    BalasPadam
  14. Nauzubillah~

    Ya Allah jauhkanlah kami dari perkara2 yang terkutuk dan terkeji. Lindungilah hambaMu Ya Allah. Amin...

    BalasPadam
  15. Siapa kata tiada atau kurang ajaran agama atau salah didikan ibu bapa.. Perkara sebegini xda kaitan dgan ibu bapa atau kurang didikan agama sebab saya dilahir kan cukup ajaran agama,ibu bapa sy benar mendidik saya tapi sy memilih jalan sebagai gay kerana kemahuan diri.. Saya solat mngaji bahkan sy ajk bilal di institusi pengajian sy.. Jgn pertikai kan ttg agama..itu antara individu dgan allah swt sndiri.. Apa perasaan anda kalau org kata anda smbahyang tungang tongek tapi gila perempuan?? Sama sahaja... Fikir balik lah sebelum nak comment.. Awak smua kne faham kami smua bukan nya jahat.. Insyallah 1 hri nnt sy akan mendirikan rumah tangga dan tinggalkan zaman songsang sy.. Awak smua jaga peribadi jaga mulut jaga segalanya agar waris anda kelak tak jadi begini.. Wujud golongan ini salah satu nya adalah kerana nak bg pengajaran kepada manusia normal bukan untuk dikeji.. Allah menyusun atur segalanya ada sebab musabab nya.. Jgn pernah pertikai kan... Sy gay sy bukan mak nyah tapi insyallah sy akan mendirikan rumah tangga dengan perempuan yg bernama isteri 1hari nnt itu janji sy..

    BalasPadam
  16. kepada TANPA NAMA,
    sila keluar dari islam dan amalkn sex songsang anda.
    tiada tempat dalam islam utk binatang mcm anda

    BalasPadam