Kenali Pemain Jutawan Bolasepak Malaysia Pertama : Safee Sali

Penyerang sensasi negara, Safee Sali pada Rabu mencatat sejarah sebagai jutawan bolasepak pertama negara apabila membuat keputusan nekad untuk terus menyambung semula kontraknya bersama kelab Pelita Jaya FC, Jakarta Indonesia selama dua tahun lagi.

Kontrak bernilai RM2 juta itu ditandatangani di Jakarta, Indonesia pada Rabu. Keputusan itu disahkan oleh Pengurusnya, Zakaria Rahim menerusi satu kenyataan media. Safee juga akan menerima pakej tambahan iaitu hak imej menerusi tajaan pengiklanan produk tertentu.

Menerusi kontrak terbarunya, Zakaria berkata, Safee akan menerima pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai dibayar oleh kelab dan tiket pergi balik ke Kuala Lumpur bernilai lebih RM2 juta bagi tempoh dua tahun.





    LATAR BELAKANG

    Nama penuh: Mohd Safee Mohd Sali

    Tarikh lahir: 29 Januari 1984

    Tempat lahir: Selangor

    Tinggi: 1.70 meter

    Posisi permainan: Penyerang

    Kelab terkini: Pelita Jaya FC

    Nombor jersi: 55

    Kerjaya senior:

    2003-2005 (Kuala Lumpur FA)

    2005-2006 (Sarawak FA)

    2006-2011 (Selangor FA)

    2011 (Pelita Jaya FC)

    2012-2013 (Pelita Jaya FC)

    Pasukan kebangsaan:

    2004-2007 (Malaysia bawah 23 tahun)

    2007 (Malaysia)

    Anugerah:

    - Olahragawan Paling Digemari Anjuran Astro Awani 2010

    - Piala SUZUKI AFF 2010 (Penjaring terbanyak, 5 gol )





Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Februari 01, 2012

13 Komen:

  1. Walaupun baru RM2 juta..kira jutawan
    juga nih belum kira pendapatan dari
    pengiklanaan lagi..

    BalasPadam
  2. Assalam..
    Laa...muda dari saya rupanya.
    Jutawan la tu,
    rezeki dia...

    BalasPadam
  3. salam.Tahniah safee. Seorang pemain yang berdisplin dan berpandangan jauh. Kebanggaan warga Tapah. HEee

    BalasPadam
  4. antara pemian yg berstatus jutawan di arena bola sepak tempatan sekarang selain apex

    tahniah!

    BalasPadam
  5. Salam
    Tahniah untuk Safee
    Disiplin dan usaha gigih memang menjanjikan kejayaan

    BalasPadam
  6. Perlu ada lebih ramai ikon sukan seperti ini. :D Tahniah Safee Sali!

    BalasPadam
  7. Tahniah....
    Rezeki makin mencurah, jangan lupa plak berkhidmat sebaiknya untuk negara.

    BalasPadam
  8. Kalau ada bakat dan berdisiplin mmg boleh jadi jutawan! tahniah

    BalasPadam
  9. Tahniah utk Safee,... RM118 ribu/month...

    BalasPadam
  10. Rezeki Safee Sali. Tanniah. :-)

    BalasPadam
  11. tahniah utk beliau..syukur..Alhmdulillah

    BalasPadam
  12. Dalam era kontemporari bola sepak Malaysia, Safee Sali ialah contoh yang patut dijadikan rujukan oleh pemain muda yang ingin mencipta nama. Selain disiplin di dalam padang, jati diri di luar padang juga teguh dipertahankan. Bayangkan bagaimana di Malaysia sahaja pun ramai bintang bola sepak yang hanyut dalam arus keduniaan, tapi Safee Sali di Indonesia yang dugaan lebih hebat masih belum tercalit kontroversi bukan-bukan. Syabas!

    BalasPadam