Blogging Jadi Suram Bila URLs Lambat Terindeks

Salam semua, bagi pengguna Blogspot pasti perasan yang entri anda lambat terindeks oleh enjin carian terutama Google kebelakangan ini. Saya sendiri tercari-cari puncanya di blog saya, dan saya ingatkan blog saya sahaja, rupa-rupanya ramai blogger Blogspot juga mengalami masalah yang serupa.

Kelmarin, ada seorang blogger yang prihatin dengan blog saya meninggalkan mesej  di Facebook menegur perkara ini. Terima kasih buat beliau yang prihatin, walau saya sendiri memang sudah perasan, cuma masih menunggu perubahan yang berlaku dalam 2-3 hari. Ternyata tiada apa-apa perubahan nampaknya?

Entri saya yang terakhir di indeks oleh Google adalah bertarikh 8 Februari 2012, dan mendapat carian hadapan Google (Alhamdulillah!). Google sendiri ada melakukan kemaskini Page Rank yang terakhir mereka bulan ini bertarikh 6 Februari 2012 kalau anda semua perasan. Adakah ini puncanya?

 
Contoh URLs entri tidak terindeks

Masih tiada perubahan PR di blog saya yang ber PR 2, tidaklah saya kisah sangat sebab ramai rakan blogger yang hebat pun turun PR mereka, sehingga PR0 pun ada. Simpati dari saya buat mereka. Kalau dulu, paling lambat tidak terindeks pun dalam 3 hari, berbeza dengan sekarang dah hampir seminggu.

Jadi dalam masa entri tidak terindeks oleh Google tersebut, saya melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkannya semua dengan menghantar URLs blog ke enjin carian termasuk mengemaskini peta halaman blog (sitemaps) di webmaster tool. Keputusannya masih sama, walau telah 3 hari berlalu.

Untuk mengekalkan trafik ke blog melalui carian enjin nampaknya tidak menjadi kenyataan, apabila trafik masuk jatuh merudum. Jika sebelum ini, boleh mengekalkan sehingga 8-10 ribu pageview, tapi kini hanya tinggal kurang dari separuh, itupun kebanyakan hanya dari entri lama yang telah terindeks Google sebelum ini.




Apapun, seperti entri saya sebelum ini, langkah menyebarkan entri (Ping) tersebut di laman sosial  sedikit sebanyak membantu kemasukan trafik ke blog. Laman sosial seperti Digg, Bloggedmy dan Facebook adalah antara penyumbang terbesar. Anda juga boleh mencubanya, saya pasti anda tidak akan kecewa dengan hasilnya.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Februari 14, 2012

23 Komen:

  1. Selalunya tidak begitu.. Mungkin ada masalah teknikal..

    Post Terbaharu Saya - Sakit Adalah Sesuatu Yang Tidak Dijangka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau teknikal Google saya masih boleh
      bersabar..jika teknikal blog dan nak kena
      rmbak balik..alahai..banyak kerja..he he

      Padam
  2. Ini semua sementara, yang penting teruskan usaha memasukkan entri baru, publish dan ping. Repeat the process. Gunakan teknik tag and ping.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harapan saya tidaklah terlalu
      lama..tak tahu apa yang tengah
      diusahakan oleh jurutera Google
      sekarang nih

      Padam
  3. blogspot je ke?
    wordpress jadi gini jugak ke? x tengok pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat ini rasanya blog
      blogspot sahaja..yang wordpress
      koi tak pasti pulak..cuba aok
      periksa di Google Search setiap
      kali publish entri baru ada tak
      di carian entri tu..

      Padam
  4. saya pon perasan. sebab saya pengguna blogspot.tapi apa boleh buat, kita cuma menumpang,terpaksa terima sebarang kemungkinan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ermm..ada geng :)
      apa nak buat Bro
      sabar je lah..

      Padam
  5. Patut la page 1 bro, x sign out akaun profile utk buat pemeriksaan confirm duk page 1. Nak periksa di google, sila sign out dlu. Br kita tau duk di mana sbnrnya blog kita. Lambat indeks mungkin kurang ping submiter. Setiap kali ada post baru, bro g ping je dlu kat artikel submiter. Byk kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih..nanti
      saya cuba buat..dah
      tak larat nak ping
      dah nih :)

      Padam
    2. Ooo, nak kena sign out dulu ek baru check...
      Terima kasih atas info tersebut..

      Padam
  6. terima kasih kerna kongsikan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blogging is sharing :)
      terima kasih singgah
      dan komen anda...

      Padam
  7. 6 februari 2 lagi blog tak terindeks...
    hari update PR...
    dah seminggu kot nie...
    aishhh...

    BalasPadam
  8. Assalam..
    Saya jarang check benda ni...lepas je ping terus tutup laptop...masa tak mengizinkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      tak pe Iza..utamakan
      mana yang penting dulu :)

      Padam
  9. Benjy baru tahu ni Zulkbo ... terima kasih atas info anda :D

    BalasPadam
  10. Tak banyak tempat Benjy ping mungkin ada dalam 5 medium ping dan yang lainnya submit kat webmaster google dan bing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 5 medium pun letih
      juga nak mengePING tu
      Benjy..he he

      Padam
  11. Untuk index di bing dan yahoo benjy tak cuba lagi ... nanti Benjy try check kat situ ...

    BalasPadam
  12. Ehh, payah la nak paham topic ni... Hehehehe

    BalasPadam
  13. Blogspot kadang-kadang susah hendak akses.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susah untuk anda akses atau
      susah untuk Google akses?
      kalau Google baru seminggu dua
      ni je Bro..tak tahu kenapa?

      Padam