Bila Boleh Mohon My Kad (Kad Pengenalan) Baru Dan Tip Penjagaan


Jabatan Pendaftaran Negara telah mengumumkan yang rakyat Malaysia boleh menukar My Kad (Kad Pengenalan) baru yang lebih ciri keselamatannya bermula 3 Januari 2012. Anda semua tahulah, entah berapa banyak My Kad yang palsu sekarang ini? Semakin canggih penyangak dan penipu ini berjaya meniru My Kad yang ada sekarang. Jadi dengan langkah penukaran My Kad yang baru, diharap dapat mengatasi masalah "warganegara beli" yang berleluasa sekarang ini.

Antara ciri-ciri keselamatan yang akan di gunakan pada My Kad yang baru ini nanti adalah berdasarkan ciri-ciri keselamatan canggih yang terkini:
1-Diperbuat daripada bahan polikarbonat yang lebih bertahan dan menggunakan cip baru yang lebih bertahan.
2-MyKad baru ini juga mempunyai "ghost image" yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan berlaku.
 
3-Tidak mudah rosak - ie dapat mengatasi masalah berkaitan kualiti dan ketahanan MyKad termasuk kualiti cip yang sering dibangkitkan akhir-akhir ini.

4-Menambahbaik keseluruhan percetakan keselamatan MyKad dengan teknologi terkini dan ia memperkukuhkan daya lekatan antara lapisan cetakan dengan "overlay" dengan reka bentuk yang ditambahbaik.


My Kad/Kid anda juga perlulah diberi penjagaan yang rapi dan baik, agar ianya mampu bertahan lama. Kerosakan My Kad/Kid anda, pasti akan memberi masalah apabila anda berurusan, contoh bank dan sebagainya. Di sini diberikan beberapa tip-tip penjagaan yang disarankan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
1-Elakkan My Kad/Kid terdedah kepada suhu yang melampau (terlalu panas atau terlalu sejuk).

2-Elakkan dari pada aktiviti yang boleh merosakkan cip My Kad/Kid.

3-Elakkan My Kad/Kid terdedah dengan air, bahan kimia dan asid yang menjejas ketahanannya.

4-Elakkan dari merosakkan permukaan My Kad/Kid.

5-Elakkan daripada risiko yang boleh mengakibatkan My Kad/Kid anda bengkok.

NOTA: Pada anda yang hendak menukar My Kad yang baru, sila semak waktu yang di khaskan bermulanya tarikh penukaran My Kad baru di kawasan anda, jadi tidaklah perlu berpusu-pusu pula nanti kan?
JPN PutraJaya - 3 Januari 2012
JPN Shah Alam - 3 Januari 2012
JPN Kluang- 10 Januari 2012
JPN Ipoh - 10 Januari 2012
JPN Johor Bahru - 14 Januari 2012
JPN Kuantan - 15 Januari 2012
JPN Melaka - 17 Januari 2012
JPN Kuching- 20 Januari 2012
JPN Kota Bharu - 20 Januari 2012
JPN Kuala Terenggan - 29 Januari 2012
JPN Pulau Pinang - 29 Januari 2012
JPN Alor Setar -  2 Februari 2012
JPN Miri - 6 Februari 2012
JPN Kota Kinabalu - 7 Februari 2012
Cawangan-cawangan lain - 7 Februari 2012
Cawangan di Wilayah Persekutuan - 15 Februari 2012


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Januari 01, 2012

21 Komen:

  1. Tip dan alasan yang diberikan oleh JPN seolah-olah pengguna MyKad sengaja merosakkan kad itu sendiri. Secara fikiran waras siapalah hendak merosakkan kad indentiti sendiri yang akhirnya menyusahkan diri sendiri. Saya percaya antara pengguna MyKad tidak menyimpan didalam beg dompet tetapi mengunakan beg khas. Kepada JPN tolonglah cari alasan lain.

    Maaf yer bro Zulkbo, saya agak emo.

    BalasPadam
  2. Buatlah kad secanggih manapun:
    Tidak termasuk MyKad palsu buatan individu,
    selagi rasuah berleluasa, selagi itulah 'MyKad segera' bertebaran terutama di musim pilihanraya. hahaha...

    maaf en zul, menyakat je! mana ada semua tu. Malaysia Bagus!

    BalasPadam
  3. banyak perubahan baru untuk my kad baru nih... alamak mesti ramai yang berpusu-pusu nak buat....

    BalasPadam
  4. Salam,
    Kalau kad baru ini lebih baik (segi keselamatan) drpd yg dahulu, maka usaha ini harus disokong. Di samping itu, usaha2 pencegahan dan penguatkuasaan yg lain juga perlu diteruskan.

    BalasPadam
  5. aku nak tukarlah. biar kacak sikit mykad aku. haha..

    BalasPadam
  6. dh byk kali tukar tapi masalah sama
    cip dia x leh baca
    suruh tukar dah tu kena bayar
    bukan kita yg sengaja rosakkan
    buat benda x bermutu
    hok baru ni sama agaknya gitu jugak
    maaf emo jugak, sbb byk kali kena

    BalasPadam
  7. tak larat jugak rasanya kalau asyik nak tukar i/c.. selalu kena ambik cuti semata2 nak tukar i/c..

    BalasPadam
  8. masuk ini berapa kli mau tukar dah huhu...

    BalasPadam
  9. titan
    haa kacak ke tahu pic tak clear sgt kan heeee

    BalasPadam
  10. MALAYSIA KU BOLAEH01 Januari, 2012

    KITA PATUT SOKONG YANG KERAJAAN BUAT UNTUK MEMAJUKAN NEAGARA KITA MALAYSIA

    BalasPadam
  11. Lawa juga mykad tu nnt nak tukar laa..

    BalasPadam
  12. salam
    mudah cerita, kita tukar je bila ada kesempatan
    cuma masa yang kadang2 membataskan tindakan

    BalasPadam
  13. slm en zul!

    smlt tahun baru jugak

    BalasPadam
  14. bilalah ada masa nak tukar kad baru nih ye..

    BalasPadam
  15. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam
  16. K/P baru ni x wajib tukarkan ?
    yg ada dah kurang elok, ada masa boleh tukar.

    BalasPadam
  17. Mykad saya masih elok , cip pun boleh digunakan , saja nak tukar dengan wajah baru boleh kan ? hihi

    BalasPadam
  18. kena bayaran x nak tukar kp baru nie?

    BalasPadam
  19. Laluan......da xreti nk jaga.letak plak ikut dan je.klo timah pun boleh jd cairrrrr.....

    BalasPadam
  20. ler ada masalah ke,mungkin bagi sesetengah orang tapi bagi saya sebagai rakyat malaysia semua tu tak jadi masalah bila2 pun boleh buat takkan dalam satu tahun langsung takda cuti..mustahilkan.sebagai rakyat malaysia kita harus menyokong kepada perkara yang bermanfaat kepada kita semua untuk membanteras pendatang asing yang hanya tahu menyogok duit sedangkan di negara sendiri jadi papa kedana

    BalasPadam
  21. Tanpa Nama07 Mac, 2012

    kena bayaran tak untuk tukar kepada mykad baru ni?

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA