Baby Hatch Mula Menunjukkan Keberkesanannya


Sejak ditubuhkan pada 29 Mei 2010 sehingga kini, Baby Hatch sudah menerima hampir 50 bayi tidak diingini di seluruh negara dan turut juga menerima permintaan ramai lagi wanita mengandung dan berkeinginan menghantar bayi mereka ke Orphan Care.

“Jumlah bayi berketurunan Melayu antara tertinggi iaitu 33 orang diikuti India dua orang dan Cina seorang manakala ibu bayi dihantar di sini berumur antara 18 tahun hingga 32 tahun,” menurut Setiausaha Kerja Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak Yatim (Orphan Care), Azra Banu kepada pemberita semalam.

Beliau berkata, ramai wanita yang mengalami masalah mula menyedari kewujudan Orphan Care dan Baby Hatch ini, dan ianya satu perkembangan positif serta lebih baik daripada mereka tiada tempat hendak dituju dan akhirnya membuang bayi yang tidak berdosa.

Azra berkata, Baby Hatch dijangka akan diwujudkan di Johor Bahru dan Kota Bharu, Kelantan dalam tempoh enam bulan diikuti di Pulau Pinang pada 2013. Selain menerima permintaan mewujudkan Baby Hatch di beberapa negeri lain termasuk di Sabah dan Sarawak, namun sukar kerana sumber terhad.(myMetro)

NOTA: Bersyukur, jika cara ini sedikit sebanyak berjaya mengelakkan pembuangan bayi yang tidak dikehendaki oleh ibu bapa yang merasakan, memelihara bayi yang kebanyakan lahir tanpa jangkaan ini menyusahkan mereka. Tokoh islam dalam negara sendiri bersetuju dengan penubuhan Baby Hatch ini, bukan untuk menggalakkan sex bebas,  tetapi salah satu cara penyelesaian dalam menangani kes buang bayi. 



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Januari 03, 2012

13 Komen:

  1. Salam Saudara Zulkbo,

    Apa yang dilakukan ni memang sesuatu yang baik dan berperikemanusiaan demi baby yang tidak berdosa dan semoga ianya tidak disalah guna oleh orang-orang tersilap langkahnya.

    Semoga usaha untuk membendong dari terjadinya lebih banyak baby yang tidak sah ini juga dapat diambik.

    BalasPadam
  2. asalkan budak2 ni tak mati terbuang begitu saja, moga selamat dan menjadi anak soleh solehah..

    BalasPadam
  3. Agak terkejut dengan angka bangsa Melayu yang menyerahkan baik kepada Baby Hacth. :-(

    BalasPadam
  4. manusia cuba mencari jalan utk mengubati... ketika jalan pencegahan kelihatan tidak dipandang serius.. (",)

    BalasPadam
  5. kira oklah dari dok campak dlm tong sampah ataua campak x tentu hala.
    tapi sampai bilakah?
    nnti lama2 jd penggalak utk bermaksiat sbb dpt ada ade tempak buang pulak?

    BalasPadam
  6. lebih baik ada tempat drp bayi jd mangsa tongsampah @ dibuang sesuka hati tanpa peri kemanusiaan..

    & isu pencegahan pula memang harus diberi perhatian juga..

    BalasPadam
  7. Salam zul, bz 2-3 hari nie semoga sihat sokmo :)

    BalasPadam
  8. sebagai penyelesaian sementara tapi mungkin ada yang lebih baik kot termasuk melonggarkan syarat bagi yang dah terlanjur

    BalasPadam
  9. tp yg terkejut kenapa melayu antara yg paling tinggi, bukankah zina haram dalam islam

    BalasPadam
  10. @Juan

    Betul tu, zina adalah haram..tapi ramai yang terlanjur..perlukah mereka ini kita beri peluang kali kedua agar bertaubat?dan anak yang di kandung itu perlu kita jaga kerana itu bukan dosa bayi,tapi dosa kedua manusia yang berbuat maksiat zina tersebut..dosa itu seandainya mereka bertaubat..harapan Allah terima taubah mereka..wallahualam

    BalasPadam
  11. salam
    nampaknya ini adalah salah satu cara unguk mengelakkan dari terus berbuat kesilapan

    BalasPadam
  12. cara terbaik untuk mengelakkan pembuangan bayi tapi bukan cara terbaik untuk jangka masa panjang mengatasi seks bebas.. cara terbaik ialah ilmu dan kesedaran diri individu,.. tp pengaruh persekitaran plak maha hebat,..

    BalasPadam
  13. tapi sedih juga...ramai orang melayu yang tidak mahu bayi tersebut....hurmmmm

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA