Anugerah Juara Lagu (AJL) 26 : Mana Nak Dapatkan Tiket Masuk?


Dipersembahkan secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil bermula jam 9 malam  pada 29 Januari 2012 nanti, jangan lepaskan peluang untuk menonton persembahan hebat lagi memukau daripada 11 artis berkumpulan dan solo seperti 3 Suara, Yuna, Faizal Tahir, Aizat, Projek Pistol, Alyah, Atilia & Monoloque, Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet, Jaclyn Victor, Hafiz dan Najwa Latif dalam usaha mereka untuk menjulang trofi Anugerah Juara Lagu 26!

Malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 26 bakal menyaksikan gandingan hebat Faizal Ismail (FBI) dengan Cheryl Samad sebagai hos. Kemunculan istimewa Awie, Jamal Abdilah dan Datuk Sheila Majid yang bakal menyemarakkan persembahan pembuka tirai AJL26 manakala segmen interlude pula menampilkan gandingan tiga penyanyi muda yang kini hangat menempa nama menerusi bakat vokal luar biasa mereka iaitu Black, Azlan The Typewriter dan Hazama.

Orang ramai yang ingin bersama merasai kehangatan menyaksikan Anugerah Juara Lagu 26 di Stadium Putra, Bukit Jalil juga berpeluang mendapatkan tiket-tiket VIP yang eksklusif melalui Hot FM dan MyTv3. Di samping itu, tiket-tiket percuma boleh diperolehi di Balai Pengawal, Sri Pentas, Bandar Utama pada tarikh yang akan diberitahu kelak. Tiket adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Januari 23, 2012

11 Komen:

  1. bertemakan air
    sesuai dgn tahun NAGA AIR tahun ni
    tau keputusan je udahlah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha..ha..koi pun tak
      tahu siap ada thema
      pulak ye..layan!

      Padam
  2. Tengok pada tv aje jika berkempatan
    dan dapat keputsannya aje yak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye lah tu Yassin
      mudah kan..siap
      bancuh milo gelas
      besar lagi yak :)

      Padam
  3. salam
    kalau sempat, layan tv
    kalau tak sempat, tunggu berita je

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      samalah kita kalau kira bab
      menonton siaran tv nih..memang
      ikut kelapangan..yang penting
      blog sentiasa berupdated..he he

      Padam
  4. ohooo sapa juara agaknyerrr..
    jeng jeng jeng
    tgk tv je lerrrr

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah tentu lagu
      KALAU BERPACARAN
      menjadi pilihan saya

      Padam
  5. salam..
    risau pulak tiba2 ajal menjemput masa tgok AJL..sia2 je di pengakhiran hidup..huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      terima kasih
      nasihat itu..

      Padam
  6. Menonton di rumah sahaja gamaknya. :-)

    BalasPadam