Widget Waktu Solat Yang Pasti Membantu Anda

Salam semua, dan selamat berhari Jumaat penghulu segala hari. Dalam kita melayari internet dan berblogging selalunya mengambil masa yang berjam-jam di depan skrin komputer (pengalaman saya). Kadang-kala agak melekakan, tanpa kita sedari melewati waktu solat yang menjadi tanggungjawab kita pada Allah untuk menunaikannya. 

Ada salah satu penyelesaian yang saya jumpa, adalah dengan meletakkan widget waktu solat di blog anda. Ada satu widget waktu solat ciptaan anak tempatan, dan ianya ada pelbagai variasi  corak dan warna, sesuai diletakkan di blog berplatform Wordpress dan Blogspot dan menarik di pandang.

Widget ini dibangunkan atas usaha team Denaihati dan rakannya,  juga mempunyai countdown counter yang akan memudahkan untuk kita mengatur aktiviti kita setiap hari sambil berblogging. Plugin ini dibangunkan untuk pengguna WordPress (self hosted) dan juga pengguna Blogspot.

Pada yang berminat bolehlah melayari LINK ini dan mendapatkannya dan ianya adalah percuma tanpa di kenakan sebarang syarat pun. Semoga waktu blogging kita sentiasa di berkati Allah jua, tanpa kita terlepas lagi waktu solat selepas ini. Wassalam.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Disember 23, 2011

13 Komen:

  1. memang best widget solat dari DH ni
    boleh tukar2 background
    lain dari yg lain. dgn menggunakan wordpress lagi menarik.

    p/s: auc dah terkeluar dari ranking zulkbo.com huhuhu. tak jadi masalah, tak pe auc macam biasa lepak sokmo setiap 2 jam kat blog ni. Blog wajib masuk :)

    BalasPadam
  2. @Anak Ulu Cheka

    Memang menarik widget ni..koi dulu mulanya tidaklah nampak sangat kegunaannya..bila dah pakai baru tahu amat berguna dan membantu sekali.

    Bab senarai blogger tu bergantung pada link ke blog yang di beri berdasarkan webmaster tool koi..limit 12 orang je weh..ada yang potong pulak..mende tu macam updated hari-hari :)

    BalasPadam
  3. @zulkbo
    tak halnya boh, ade x de ke, kome sini sokmo hehehe

    BalasPadam
  4. @Anak Ulu Cheka
    Mesti tak de hal nya..koi tahu aok mesti faham punya..he he..jangan lupa singgah sokmo ter?

    BalasPadam
  5. SALAM,
    TKASIH BYK2 ATAS PERKONGSIAN INFO INI

    BalasPadam
  6. Salam mmg menarik Widget tu... nnt kita letakkan kat blog :)

    BalasPadam
  7. nak cuba jugaklah... tqsm

    BalasPadam
  8. @luahfikiran

    W_salam..
    semoga ada sesuatu kebaikan
    yang kita dapat darinya Dato'

    BalasPadam
  9. @akuanakpahang

    W_salam..
    sila cuba Yassin..
    jangan tak cuba :)

    BalasPadam
  10. @klcitizen cikgunormah

    Jemput cuba Cikgu..
    free je nih..he he

    BalasPadam
  11. salam
    dah letak juga
    tapi guna yang lama dari jakim

    BalasPadam
  12. Assalam...
    Boleh cuba nanti...

    BalasPadam
  13. askm, terima kasih kongsi-kongsikan lagi bersama sahabat2.

    BalasPadam