Video-Video (Final) Akhir Maharaja Lawak Mega 2011

Seperti yang telah diramalkan ramai pihak, kumpulan Osbon yang di anggotai oleh 2 pelawak veteran, Mr Os dan Obon akhirnya ditabalkan sebagai Juara Maharaja Lawak Mega (MLM) musim pertama 2011, pada Jumaat 30 Disember 2011. Mereka membawa pulang hadiah utama RM350,000 beserta dengan trofi sumbangan Astro.












Tempat kedua dimenangi oleh kumpulan Boboi yang dianggotai dua nama besar dalam industri hiburan iaitu Afdlin Shauki dan Harum Salim Bachik. Mereka membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM250,000 berserta trofi.

Tempat ketiga pula dimenangi peserta dari Indonesia, kumpulan Saehu yang dianggotai Eko, Bocil dan Fika. Tempat ketiga membolehkan membawa pulang wang tunai RM150,000 berserta trofi.

Gabungan selebriti tempatan, Ifa Raziah bersama dua pelawak Singapura iaitu Suhaimi dan Ariff meraih tempat keempat pada malam final ini. Mereka bertiga yang menggelarkan diri sebagai kumpulan Syok meraih hadiah berupa wang tunai RM50,000 berserta trofi.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Disember 31, 2011

8 Komen:

  1. ermm..banyak tu duit untuk para pemenang..belum pernah ada lagi program lawak untuk pelawak otai yang menerima hadiah sebegitu besar..TAHNIAH buat para pemenang

    BalasPadam
  2. salam, tahniah osborn....

    BalasPadam
  3. Boboi no 4?? bukan fav ke??

    thanks bro. boleh saye tumpang tengok di sini. :-)

    BalasPadam
  4. @blog-tips-kurus

    Betul tu..saya tersalah
    dengan Syok..terima kasih
    teguran anda..

    BalasPadam
  5. Puas hati dengan habuan yang diterima. :-)

    BalasPadam
  6. Assalam..
    M. Os 1 dalam seribu...Tahniah Osbon.

    BalasPadam
  7. salam
    banyak betul hadiah
    memang berbaloi-baloi

    BalasPadam
  8. menyengat juga pelawak otai kita...

    BalasPadam