Terkini SBPA : Markah Penilaian Prestasi Diturunkan Daripada 75 Kepada 65 Peratus




Perbincangan selama lima jam antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) semalam, berjaya membawa hasil apabila markah prestasi untuk kenaikan gaji dan markah pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) diselaraskan serta-merta dalam mesyuarat itu.

Menurut Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman , JPA bersetuju untuk menurunkan markah penilaian prestasi bagi kenaikan gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) daripada 75 kepada 65. Di bawah SBPA yang asal kalau prestasi di bawah 75 markah maka tak ada kenaikan gaji berlaku, tetapi kini telah di ubah kepada 65 markah.

Untuk pelaksanaan Dasar Pemisah pula, markah diubah daripada 70 kepada 60. Ini bermakna penjawat awam hanya akan dimasukkan ke dalam Dasar Pemisah kalau gagal mencapai 60 markah.Perkara-perkara yang tidak melibatkan soal kewangan seperti markah prestasi telah diputuskan dalam perbincangan.

Semua perkara yang dibangkitkan akan dikaji dalam tempoh tiga bulan sehingga perundingan seterusnya yang dijadualkan pada hujung Februari tahun depan, ini termasuk isu gaji maksimum dan gred jawatan yang tertinggal. Setiap gred perkhidmatan awam akan dikaji secara teliti dan jika perlu ditambah baik.

Sumber: BERNAMA
Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Disember 28, 2011

11 Komen:

  1. Persetujuan telah pun dicapai. Harap semua pihak berpuas hati sekarang.

    Post Terbaharu Saya - Apple Bakal Melancarkan iPad 3 Pada 24 Februari 2012?

    BalasPadam
  2. @Encik Anif

    Prestasi tak boleh below 60% setahun..tidak kena gulung tikar cari kerja lain lah..

    BalasPadam
  3. @ISZA

    Seorang guru buat buku persediaan mengajar sahaja dah dapat 75 markah kan? jadi sudah tentu tiada masaalah bab nak naik gaji tahunan :)

    BalasPadam
  4. salam
    nak dapat 60% tu
    asal gi kerja je
    kalau tak gi kerja, macam mana bos nak bagi markah

    BalasPadam
  5. @tehr
    W_salam..jangan jadi Cikgu Asri sudah la..hari-hari cikgu main bola..he he

    BalasPadam
  6. Ada advantage nampaknya tu ... mesti senyum lebar Kakitangan awam kan :)

    BalasPadam
  7. Uikk ! bukan bila 75% kakitangan awam lebih produktiviti kehadapan ?

    BalasPadam
  8. Harap2 ini menjadikan kakitangan awam lebih rajin dan ikhlas bekerja ...

    BalasPadam
  9. kerja ikut markah la pulak
    tak kerja x de markah
    kerja kena ikhlas baru berkat bukan sebab markah tu kita kerja :)

    BalasPadam
  10. @Anak Ulu Cheka

    Harapan begitulah..yang merisaukan bab bagi markah ni pengetua..jangan jadi amalan membodek pengetua pula lepas nih..buat kerja malas..pandai bodek markah tinggi je..

    BalasPadam