Pakej iPhone4S Oleh Maxis : Menarik!





Salam semua, yang ditunggu-tunggu telah tiba, Maxis hari ini telah melancarkan pakej sempena pelancaran iPhone4s yang bakal di lancarkan secara rasmi di seluruh Malaysia esok 16 Disember 2011.

Antara yang menariknya, iPhone4 model terbaru berkapasiti 8G turut disertakan pada mereka yang inginkan penjimatan dengan harga hanya serendah RM950 dengan kontrak selama 2 tahun.



Sebelum ini, setahu saya iPhone4 di Malaysia memang tiada model 8G ini. Nampak gayanya satu pembaharuan di lakukan untuk menjaga hati pelanggan lama yang telah melanggan iPhone4 berkapasiti minima 16G sebelum ini.

Bagi iPhone4s pula pakej terendah yang di sediakan serendah RM1,450 berbanding harga asal RM2,190 (telefon sahaja) dengan kontrak selama 2 tahun minima, bayaran untuk kegunaan data dan sebagainya serendah RM100 sebulan.

Lagi lama kontrak yang anda ambil, lagi murah penggunaan dan penjimatan yang anda dapat. Kalau saya, pasti akan pilih pakej ini berdasarkan kemampuan dan jumlah data yang akan saya gunakan dengan iPhone4s ini nanti.

Bagaimana anda? Tepuk dada tanya poket dan kalau takut Mrs marah silalah rujuk pada akauntan rumahtangga anda ye? Jangan nanti, tak pasal bergaduh pula..la la la. Selamat memilih dengan bijak dan klik pada gambar untuk tumbesaran.

Sumber: MAXIS




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Disember 15, 2011

20 Komen:

  1. Assalam..
    Rasanya dah tak beli smartphone kot dalam masa terdekat ni...tunggu 5-6 tahun lagi kot2 ada yang rosak...

    BalasPadam
  2. @iza

    W_salam..
    anda baru beli Samsung Galaxy hari tu kan..?Tak payah bazir Iza..pakai apa yang ada je..he he

    BalasPadam
  3. tunggu rosak dululah hanpone yg ada ni baru nak beli...

    BalasPadam
  4. ada tab galaxy pn dah syukur banyak ni...kalau gila gadjet tu lain la....haha, tq info psalal ni bro.

    BalasPadam
  5. @Jang ..

    Kalau dah ada yang molek ler nih..diamkan aje dulu yak? Duit boleh guna ke lain yang lagi mustahak..

    BalasPadam
  6. @[PCL]

    Dah ada Galaxy tab tu..elok juga
    kira smartphone tu..he he

    BalasPadam
  7. Waaa...tak mampu nak beli lagi..tunggu harga dia rendah sikit kot...tak pun tgu yg 2nd hand je laa...hehehe..

    #Ttg feed blog tu tak tau la bro..mmg ada blog yg tak dpt feed...ada yang dapat...tak reti nak ejas2 dah rasanya....

    BalasPadam
  8. salam, menarik info ni...dan tertarik dgn plan yg ditawarkan....kira bajet dulu.

    BalasPadam
  9. @Yastro

    Bab feed tu cuba check di bahagian feed blog anda..kalau feedburner bermasaalah..biarkan kosong je ruang tu Bro

    BalasPadam
  10. @Abhamz

    W_salam..
    kira jangan tak kira Bro..
    saya rasa cukup tu..bolehlah
    sambar satu..he he

    BalasPadam
  11. Pakej yg menarik ! Tapi x nak iPhone 4S. Nak beli yg lain .. =)

    BalasPadam
  12. salam
    sekadar boleh nengok gambar je
    nak beli tak tau bila

    BalasPadam
  13. Semalam ada orang tunggu seawal 9am untuk dapatkan phone ni kat KLCC!

    Jom baca ni ~ Tips Penyediaan ke Musim Persekolahan!

    BalasPadam
  14. pakai sampai jahanam kot hahahaaa

    BalasPadam
  15. pakej menarik tu
    tapi guna hok lama je
    selagi x rosak x tukar la

    BalasPadam
  16. tak beli lagi dok fikir apa nak beli brg2 utk snri dulu heee

    BalasPadam
  17. klu brg hp penting pada yg kerja2 bab perniagaan rasanya gadget bgni harus d miliki.mudah kesana sini malah urusan pun akan lbih pantas dar sblumya heee

    BalasPadam
  18. lau model baru ni memang best..tapi mesti ada akan diupgrade nanti....
    tengok samsung galaxsy S2 pun mcm tu jgk..hehehe...

    BalasPadam
  19. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah,dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam
  20. @Nizam

    Selalunya gitulah..tapi setakat nih
    iPhone punya produk koi tunggu juga
    turun rega..tak turun-turun :)

    BalasPadam