Menderma Organ : Perlukah Seorang Islam?



Salam semua, semalam terbaca di akhbar dan saya tertarik berikutan Kementerian Kesihatan sedang mencari jalan berkemungkinan setiap pemandu yang memohon lesen memandu diberikan pilihan mendaftar sebagai penderma organ sesudah mereka meninggal dunia.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Kementerian Kesihatan telah merancang bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan bagi menggalakkan pemandu kereta menderma organ mereka apabila mendaftar mengambil lesen memandu nanti.(mStar)

Satu usaha yang murni dari Kementerian Kesihatan  dalam menggalakkan orang ramai menderma organ penting mereka agar boleh di gunakan oleh manusia lain sesudah penderma tersebut meninggal dunia. Satu kesinambungan hidup individu lain dari kemulian hati orang yang  lain.

Persoalan saya, buat orang islam masih ada kekeliruan tentang menderma organ kepada orang masih hidup setelah penderma meninggal dunia. Ada pandangan yang mengatakan bagaimana jika pengguna organ tersebut nanti seorang yang jahat? Bagaimana pula jika orang bukan islam menerima organnya nanti?

Sudah tentu, ini akan meninggalkan satu perasaan skema ketakutan di kalangan bakal penderma beragama islam yang sebolehnya mahukan setelah mereka meninggal dunia nanti, sebaiknya di semadikan bersama segala anggota tubuh badan mereka.

Di sini saya ada terbaca, para ulama ada mengatakan pandangan meraka dalam dua versi. Bolehlah pembaca sekalian membuat berbandingan, jika masih ada yang ragu-ragu tentang permasalahan ini dan cuba merungkaikannya.


NOTA : Jadi terserahlah kepada pembaca sekalian menilainya dalam versi tersendiri. Apakah pandangan anda pembaca sekalian, perlukah seorang islam menderma organnya? Bagaimana pula, jika kita seorang yang tersenarai sebagai bakal penerima organ? Pandangan ikhlas anda amat saya hargai.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, November 07, 2011

10 Komen:

  1. SALAM,
    TERIMA KASIH MEMBANGKITKAN ISU INI ! LF SENDIRI KURANG PASTI NAK IKUT MANA ! PENDIRIAN MAJLIS FATWA ??

    BalasPadam
  2. Salam Zul, kawan ttp cuak utk menderma organ.. kata org... alangkan semut meniti dibadan mayat, mayat sudah terlalu mengalami kesakitanya .. alangkan pulak dibedah dan sebaginya...

    BalasPadam
  3. ramai non-muslim dah daftar tetapi penerimanya muslim sendiri..

    BalasPadam
  4. EH, baru lagi ye isu ni.. Baru tau.. Rasanya mungkin ramai yang akan berfikir seribu kali.. Tetapi dalam kursus, rasanya eloklah mereka berikan penerangan dulu bab2 derma oorgan ni dulu...

    BalasPadam
  5. Pada B3njy ia lebih kurang macam orang mendera darah. Semua darah yang diderma akan diberikan kepada sesiapa sahaja asalkan sama jenis darah. A ke B ke O ke atau sebagainya dan ia diberikan tak kira bangsa dan agama asalkan pesakit boleh terus hidup. Jika dipandang dari segi kemanusiaan tak salah menderma tetapi jika dipandang dari sudut agama sukar nak jelaskan.

    BalasPadam
  6. Assalam..
    Hmmm, susah nak bagi pandangan..Saya sendiri,kalau boleh, organ yang didermakan tu harapnya diberi pada orang Islam dan digunakan untuk kebaikan supaya dapat menyumbang ke saham akhirat tapi bagaimana kita tahu kesudahannya nanti..Bukankah diakhirat nanti, organ/pancaindera menjadi saksi perbuatan dan amalan kita di dunia?

    BalasPadam
  7. hmm baru2 ada dalam khutbah jumaat membangkitkan isu ni.
    umat islam diseru menderma organ ni.
    serta majlis fatwa mengizin utk menderma organ ini.
    persoalan adakah umat islam bersedia utk semua ni.

    BalasPadam
  8. Biarlah Majlis Fatwa buat keputusan samada makruh atau harus?

    BalasPadam
  9. salam..
    bagai kata muluit mudah di kata nak turut hati buat kenalah ikhlas heeee

    BalasPadam
  10. setakat ini belah adik beradik mak saya baru sorg dpt organ bauh pinggang.pemilik asal org india.skrg ni adok dia pula sakit.skrg dok still tgu penderma pula katanya nak tgu lama kena ikut giliran..

    BalasPadam