Mekanisma Pembayaran RM 100 Bantuan Persekolahan 2011-2012



Kira-kira 5.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah akan menerima wang bantuan persekolahan RM100 seorang yang sudah disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing mulai semalam dan diagihkan secara tunai kepada ibu bapa, penjaga atau murid dalam tempoh 14 hari.

Bayaran berkenaan untuk murid Tahun Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011, manakala bagi Sabah dan Sarawak, selewat-lewatnya minggu depan. Pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu bagi sesi persekolahan 2012 pula menerimanya pada Januari.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan akan menyalurkan peruntukan RM550 juta itu kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) dan bank kemudian menyerahkannya kepada pihak sekolah sebelum diagihkan. Bagi sekolah yang tiada akaun BSN, mereka bersetuju buka akaun sementara.

Bantuan berkenaan membabitkan sekolah kerajaan, swasta, persendirian dan agama di seluruh negara. Sekolah kebangsaan dan bantuan kerajaan membabitkan 5,061,574 pelajar, sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri (313,373), sekolah persendirian (125,465) serta Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Kolej Tentera (32,238).(BERNAMA)

NOTA : Jadi, buat para ibu bapa tak perlulah tergesa-gesa mendapatkannya di sekolah. Bolehlah mengikut giliran apabila perlu. Saya pasti setiap ibu bapa akan di beritahu oleh pihak sekolah bilakah masa yang sesuai untuk datang ke sekolah mengambil wang bantuan kerajaan ini. Harapan saya agar wang ini di gunakan secara berhemah dan di belanjakan untuk tujuan persekolahan jua.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, November 11, 2011

14 Komen:

  1. salam en.zul...
    lunch ape hrni?? sy mkn roti je..hehhehe

    alhamdulillah...dpt duit boleh buat beli buku...

    BalasPadam
  2. @zella y

    W_salam Zella..
    dah makan..alhamdulillah..


    ermm..dapat duit oleh beli
    buku..betul tu..jangan beli
    top up handphone sudah..huhu

    BalasPadam
  3. yep duit utk keperluan persekolahan

    BalasPadam
  4. gunakanlah RM100 sebaik mungkin.
    jangan buat beli hp. sekarang harga hp bawah RM100 pun ada

    BalasPadam
  5. salam...

    org dah bagi tu, ambik...jgn x ambik...bnyak tu weh..lepas beli uniform sekolah

    BalasPadam
  6. @Juan

    Jadi gunalah sebaiknya
    wang tersebut ye..he he

    BalasPadam
  7. @Denaihati

    Betul tu Bro
    telefon bimbit
    memang murah
    sangat..RM80
    dah boleh dapat satu

    BalasPadam
  8. @Jang ..

    Rezeki jangan di tolak..
    orang memberi kita merasa
    tak gitu wehh..huhu

    BalasPadam
  9. org bagi kita ambik wehhh

    p/s: test kod QR deme

    Raw text http://zulkbo.com
    Raw bytes 41 16 87 47 47 03 a2 f2 f7 a7 56 c6 b6 26 f2 e6 36 f6 d0 ec 11 ec 11 ec 11 ec 11 ec 11 ec 11 ec 11 ec 11 ec
    Barcode format QR_CODE
    Parsed Result Type URI
    Parsed Result http://zulkbo.com

    BalasPadam
  10. salam
    betul tu, sabar dan ikut giliran
    kalau dah hak kita, tak ke mana perginya

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum..

    Moga sdra sihat hendaknya..

    Syukur ada bantuan bagi pelajar yang sangat memerlukannya..

    BalasPadam
  12. 4 org anak masih sekolah
    4 x 100 = RM 400
    Lepas gak bw anak-anak pi jalan2 cuti raya nanti :D

    BalasPadam
  13. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana doa
    dan sudi singgah mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam
  14. ada parents yg berduit ambil & bagi kat anak umur 8 tahun buat duit poket belanja suka2....hmmm

    BalasPadam