Maharaja Lawak Mega Minggu Ke-3 (Video)




Minggu ketiga Maharaja Lawak Mega kali ini menyaksikan 6 penyingkiran sekali gus dilakukan, di mana 5 peserta dumumkan penyingkiran mereka di awal rancangan dan satu lagi di penghujung rancangan.

Seperti dijanjikan minggu lalu, lima peserta telah disingkir pada awal minggu ini dan peserta-peserta tersebut ialah kumpulan Lanun, kumpulan Gebu, kumpulan Comel, kumpulan Caer dan kumpulan RAP.

Penyingkiran lima peserta tersebut menyaksikan 12 peserta yang tinggal membuat persembahan di atas pentas Maharaja Lawak Mega minggu ketiga yang bersiaran secara langsung dari Royale Theater Selangor, Shah Alam serta turut dipancarkan ke Astro Warna (saluran 132).

Anje adalah peserta terakhir yang diumumkan meninggalkan MLM untuk minggu ini. Penyingkiran Anje bermakna hanya 11 peserta sahaja bakal meneruskan cabaran MLM untuk minggu keempat.







Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, November 12, 2011

11 Komen:

  1. Assalam...
    rancangan yang diminati my hubby..walaupun dah 2 piring astro ditinggalkan di rumah sewa lama dan walaupun sibuk kerja (waktu MLM bersiaran) dia tetap download tiap2 minggu..

    BalasPadam
  2. @iza
    W_salam Iza
    lawak orang lama
    saya layan juga..
    kalau Maharaja Lawak
    sebelumnya kurang
    minat saya menonton

    BalasPadam
  3. tak pernah berkesempatan lagi nak tengok...!mesti best!

    BalasPadam
  4. lepas beberapa minggu...saya rasa pi mai yang paling konsisten dan kelakar. kan?

    BalasPadam
  5. Tak pernah tengok lagi maharaja lawak.
    Dengar cerita dari kawan-kawan.
    Kadang-kadang langsung tak faham.

    BalasPadam
  6. @CekWa
    Sesekali layan lawak
    pelawak lama mnegusik
    kenangan silam weh..he he
    koi layaan juga..kena
    ada Jalil Hamid

    BalasPadam
  7. @gadisBunga

    Semua pun best je
    saya tengok..entahlah
    bergantung pada minat
    masing-masing kan..?

    BalasPadam
  8. @KHAIRUL AMRAN

    Ha..ha..tak de perasaan
    ke anda Bro..huhu..

    ketawa adalah penawar stress..
    tak boleh gelak buat-buat la gelak..la la

    BalasPadam
  9. B3njy minat juga nengok ni ... cuma tak dapat live sebab astro warna tak langgan. Mujurlah ada ulangan oleh member2 blogger boleh juga lah layan .. Tima kasih Broo atas video2 ini..

    BalasPadam
  10. @Benjy

    Sama-sama Bro..
    sapa otai mesti minat
    lawak otai juga nih..
    he he..layan

    BalasPadam
  11. paling suka dengan Hiro. Lawak diorang memang menjadi ar. dah macam Sepah masa tua lak.. hehe

    anyway thanks for the link (^_^)

    BalasPadam