Galaxy Note : Jom Beli?




Gergasi perniagaan dari Korea Selatan, Samsung Electronic melancarkan produk terkini mereka yang di jangka boleh di jual di pasaran seluruh dunia sebanyak 2 juta unit. Syarikat gergasi tersebut tidak menyatakan jangkamasa target pasaran mereka itu walupun produk ini sudah mula di jual di sesetengah negara.

GALAXY NOTE produk ini di beri nama, adalah gabungan antara telefon pintar Galaxy Smartphone dan Galaxy Tab. Ianya mempunyai paparan skrin yang lebih besar dari Smartphone, dan agak kecil dari Tablet. Berukuran 5.3 inci paparan skrin, pasti memberi kepuasan berganda kepada pengguna.

Gabungan kedua gadget paling popular terkini itu, sudah tentu memudahkan pengguna yang sebelum ini terpaksa menggunakan 2 gadget,  tetapi kini dengan hanya satu gabungan produk ini sahaja. Produk  dari Samsung memang diketahui ramai,  sentiasa menitik beratkan kepuasan pengguna mereka.

Jadi apa tunggu lagi? Buat anda yang mencari gadget yang melengkapi semua teknologi terkini  sama ada Smartphone mahupun Tablet, ini adalah gadget yang anda tunggu-tunggu kan. Bab kata pepatah.. alah membeli, menang memakai :)

NOTA : Nak tahu ciri-ciri yang terdapat dalam Samsung Galaxy Note ini? Sila ke blog Bro Ariff Shah , ada keterangan secara detail di berikan di sana.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, November 28, 2011

21 Komen:

  1. belum tiba masanya lg utk beli gadget2 mcm ni..hehe..

    BalasPadam
  2. @adele

    W_salam..
    ermm..sampai masanya bolehlah
    orang belikan untuk Adilah kan?

    sekarang banyak orang buat sebagai hantaran nikah..bolehlah nanti pesan kan bakal suami Adilah ..he he

    BalasPadam
  3. Yang ketara Samsung menaik taraf hardwarenya sahaja.

    BalasPadam
  4. @akubiomed

    Cepat juga Samsung ni ye..idea
    mencurah-curah..jauh mengatasi
    pencabar setandingnya..

    BalasPadam
  5. baru tahu yang ianya gabungan..mesti lagi best..saya pun baru² belajar je pasal smartphone ni..hehe

    saya hutang teh tarik dengan bro ;O

    BalasPadam
  6. kome alah nengok bende gini :)

    BalasPadam
  7. Sallam,

    Best juga kalau dapat
    beli satu, bila agaknya,
    tah laaa...

    BalasPadam
  8. @cikgu Naman

    Aik..ada hutang teh tarik pula ke?
    ermm..bolehlah sambar satu model ni Bro..

    BalasPadam
  9. @Anak Ulu Cheka

    Tanda aok memang mengikuti
    perkembangan gadget terkini
    ada duit kena spend..tak gitu?
    tapi berpadalah..he he

    BalasPadam
  10. @LIPISLADY

    W_salam LL
    Untung jual bahulu raya
    itu hari boleh lah beli
    sebijik nih..senang nak
    berblog :)

    BalasPadam
  11. Minat juga nak cari sebutir keknya hujung tahun nei macam2 hal :(

    BalasPadam
  12. Assalam...
    Banyak sungguh keluaran terbaru smartphone ni..tak terkejar...

    BalasPadam
  13. telan air liur menengok... :)

    BalasPadam
  14. blom rasa nak beli...
    mungkin sayang lagi dgn GT skrg.. hehehe

    BalasPadam
  15. @akuanakpahang

    Tak pe Yassin..ada rezeki
    Allah permudahkan aok dapat
    juga se nanti yak..?amin!

    BalasPadam
  16. @iza

    W_salam..
    memang tak terkejar akan teknologi
    yang pesat berkembang..lebih lagi negara Korea dan teknologinya

    BalasPadam
  17. @a kl citizen

    Jangan telan je air liurnya..
    beli je..hujung bulan depan
    ada bonus lagi kan..he he

    BalasPadam
  18. @gnesop.com

    Dah ada GT ke..best juga tu
    cuma besar sikit tapi jelas
    mata memandang..he he

    BalasPadam
  19. salam
    sekadar dapat simpan angan2 je dalam kocek
    huhu

    BalasPadam
  20. @tehr
    W_salam Bro Tehr..
    insyaallah akan ada rezeki anda tu
    TUNGGUUU....

    BalasPadam
  21. uwaaaa, nk! hehehe x mampu. nk simpan dulu beli s2. heee

    BalasPadam