Selangor vs Terengganu 22 Oktober 2011 | LIVE Piala Malaysia Separuh Akhir Kedua





Kekecewaan masih dirasai ketua pasukan Selangor, Mohd. Amri Yahyah apabila melihat rakan sepasukannya dikecewakan 0-2 oleh Terengganu pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Selasa lalu.

Analisis Amri mudah, bahagian serangan 'kurang hidup' pada perlawanan tersebut kerana tiada pemain yang benar-benar 'bergelar penyerang'. Akibatnya, kata Amri Selangor gagal menemui sasaran walaupun beberapa peluang gol berjaya dicipta.

"Ketiadaan saya dalam perlawanan tempoh hari memang memberi kesan kepada rakan sepasukan khususnya pada bahagian serangan."Pemain yang menggantikan saya pada perlawanan tersebut, Azidan Sarudin tampak tidak serasi apabila diletakkan pada bahagian hadapan kerana dia lebih gemar bermain di tengah."Begitupun Azidan sudah memberikan yang terbaik dan bermain bersungguh-sungguh untuk membantu pasukan mendapatkan gol."Saya harap masalah serupa tidak akan berulang pada perlawanan kedua nanti. Kami perlu bermain lebih baik dan perlu lebih bijak dalam mencipta peluang ketika menyerang, " katanya.

NOTA: Buat penyokong Selangor, sudah pasti ingin melihat sesuatu keajaiban di lakukan oleh barisan pemain Selangor dalam menghadapi Terengganu pada separuh akhir kedua Sabtu ini. Mengatasi defesit dua gol di tempat lawan bukanlah satu perkara yang mudah dan memerlukan kerja keras di bahagian serangan, selain keupayaan mengekang barisan serangan Terengganu perlu di ambil perhatian jika Selangor ingin beraksi di peringkat akhir.





Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Oktober 21, 2011

6 Komen:

  1. Saya duduk di Selangor cari rezeki di selangor sokong Selangor walaupun sy org Melaka..

    BalasPadam
  2. Tak sabar tunggu perlawanan esok..oghe Tganu cakap Klate.!

    BalasPadam
  3. errr...
    nak sokong sapa ek???
    selangor!
    hahaha

    BalasPadam
  4. nelang ganu nelang hehehehe

    BalasPadam
  5. salam
    nampak peluang terengganu lebih cerah walau pun harapan selangor memadamkan kelebihan terengganu masih ada

    BalasPadam
  6. Safiq Rahim boleh jadi ketua pasukan ketika ketiadaan Amri Yahya kerana skuad Harimau Malaya dahulu beliau pernah mengalas sebagai ketua pasukan

    BalasPadam