Selangor vs Terengganu 18 Oktober 2011 | LIVE Piala Malaysia Separuh Akhir Pertama


Kecederaan lutut yang dialami kapten Selangor, Amri Yahyah pada perlawanan suku akhir kedua Jumaat lalu menjadi kebimbingan P. Maniam yang terpaksa mengatur semula percaturan pasukanya jika Amri gagal kembali cergas sepenuhnya.

Barisan Red Giants yang beberapa minggu lalu di ambang penyingkiran dalam peringkat kumpulan, kini menghidupkan misi merangkul kejuaraan ke-33 Piala Malaysia.

Apa yang pasti, saingan separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam menjadikan satu pertembungan yang cukup hebat.

Untuk rekod,  Selangor dan Terengganu pernah bertemu dalam separuh akhir Piala Malaysia pada tahun 2007 dengan kemenangan berpihak kepada Selangor.

Terengganu pula pastinya mengharapkan tuah menyebelahi mereka kali ini selepas tewas dalam tiga penampilan terakhir mereka di separuh akhir.

NOTA: Selepas dua kejuaraan liga Malaysia musim ini menjadi milik pasukan pantai timur, Terengganu kini dalam misi memburu kejuaraan kedua bermula dengan perlawanan separuh akhir pertama menentang Selangor di Stadium Shah Alam. Segar menyingkirkan juara bertahan Kelantan dalam saingan suku akhir minggu lalu, Terengganu kini mempunyai motivasi tinggi menjelang perlawanan menentang Selangor. Jadi kita nantikan detik mendebarkan ini.


 
 
 

Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Oktober 18, 2011

10 Komen:

  1. pasukan kita dah sama2 kalah
    kumpulan pantai timur jadi sokongan pulak weh
    peteh ganu peteh

    BalasPadam
  2. Nak harap pasukan negeri kita abis dah nengok
    pasukan org ajelah yak :(

    BalasPadam
  3. Nampaknya pasukan Terengganu lebih menyerlah sejak kebelakangan ini..

    Ada ramuan untuk jadi juara Piala Malaysia.

    Post Terbaharu Saya - Pelari Marathon Tertua Ini Berusia 100 Tahun!

    BalasPadam
  4. harap selangor menang..safiq rahim menjadi sandaran utama the red giants

    BalasPadam
  5. tak nak sokong mane2 sebab frust kelantan dan perak tersingkir huhu...

    BalasPadam
  6. genk nak sokong terengganu lah malam ne..
    nak sokong Sabah,Sabah dah out..

    BalasPadam
  7. just come out n play..ultras tranung rocks the stadium tonite..burn the flare..helll yeahhh

    BalasPadam
  8. Takat yg saya dengo td...selangor dh kene 2-0....baru first half tue....

    BalasPadam
  9. salam
    terengganu menang 2-0
    bekal yang memuaskan juga tu untuk perlawanan kedua

    BalasPadam
  10. وعليكم السلام ورحة الله
    Terima kasih semua kerana
    sudi singgah dan mencoretkan
    komen anda di sini..amat saya
    hargai..jazakumullah khair..

    BalasPadam