Nilapura : Drama Epik Cinta Berendam Air Mata





Menyusuli Super Mak, sebuah drama bersiri epik cinta, Nilapura pula akan mengisi slot Aksi bermula 31 Oktober, setiap hari Isnin jam 9.00malam.Memilih Kellie's Castle di Perak dan sekitar negeri Kedah sebagai lokasi penggambaran, drama bersiri 13 episod terbitan KL Motion Picture telah diarahkan oleh Wan Hasliza yang juga penulis skripnya.

Seluruh team produksi dan barisan pelakon Nilapura telah berkampung di bangunan bersejarah tersebut sejak 20 September 2011. Antara pelakon tanahair yang menjayakan drama bersiri adalah ialah Jue Aziz, Ryzal Jaafar, Amar Asyraf, Memey Suhaiza, Ramli Hassan, Zarina Zainuddin, Rosnah Johari, Razib Salimin, Adam Shah, Ramona Zam Zam, Hafiz Halim dan Aidil Aziz.

SINOPSIS

Nilapura mengisahkan tentang pengorbanan cinta Puteri Ratna Emas Lela untuk berkahwin dengan Putera Rangga selepas negara Bimasakti tewas kepada Nilapura dalam sebuah peperangan. Masing-masing sudah mempunyai kekasih dan saling membenci, apakah perkahwinan antara Ratna dan Rangga akan membawa kebaikan kepada kedua-dua negara?

Putera Rangga (Amar Asyraf) merupakan anak kedua kepada Sultan Zainal Abidin dari negara Nilapura. Setelah abangnya, Raja Murtaza dibunuh dalam peperangan, Rangga menjadi harapan tunggal bagi ayahandanya untuk mewarisi takhta. Namun, Rangga merupakan seorang yang suka berfoya-foya dan sering mengabaikan tanggungjawabnya.

Rangga mempunyai hubungan sulit dengan Ulia, isteri kedua kepada Pembesar Sata, pegawai tinggi dalam kerajaan Nilapura. Selepas Rangga ditangkap oleh pengawal Pembesar Sata ketika memanjat keluar dari bilik Ulia, Sultan Zainal Abidin bertitah untuk mengahwinkan Rangga kepada anak Raja Bumida Bimasakti. Rangga terpaksa menurut titah ayahandanya walaupun tidak rela hati.

Puteri Ratna Emas Lela (Jue Aziz) pula merupakan puteri bongsu kepada Raja Bumida Bimasakti yang berjiwa rakyat dan gemar melakukan kerja-kerja amal. Ratna sangat rapat dengan Dindra (Ryzal Jaafar), seorang pengawal diraja. Bagi menjaga kepentingan negaranya, Ratna sanggup mengetepikan perasaan cintanya terhadap Dindra dan bersetuju dengan perkahwinan diplomatik yang diaturkan.

Walaupun Ratna cuba berbaik dengan Rangga tetapi Rangga masih meneruskan hubungan dengan Ulia serta mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bakal pemerintah negara Bimasakti. Maka, Ratna terpaksa menggalas tanggungjawab tersebut untuk memerintah Bimasakti.

Hubungan Ratna dengan Rangga mula berubah selepas Rangga diserang hendap oleh Ghulam untuk merampas kuasa. Rangga menjadi lumpuh dan terpaksa merawat di istana Bimasakti. Dalam kesibukan untuk mentadbir negaranya, Ratna harus bertolak ansur dengan perangai suaminya yang degil dan kuat mengamuk. Akhirnya, Rangga terharu dengan kebaikan Ratna dan mula menguatkan semangat untuk sembuh. Rangga mula menyukai Ratna dan berasa cemburu dengan Dindra.

Rangga telah ditabalkan sebagai pemerintah negara Bimasakti dan mula menjalankan tanggungjawabnya. Apakah cabaran yang sedang menanti Rangga? Bagaimanakah Rangga berhadapan dengan musuhnya? Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Rangga, Ratna dan Dindra?

NOTA : Suka sangat la orang perempuan dengan kisah cinta sebegini. Banyaklah air mata yang bakal mengalir nanti..he he. Walau apa pun yang anda lakukan, sewaktu menonton drama ini, nasi di dapur jangan hangus pula ye. Selamat menonton.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Oktober 20, 2011

8 Komen:

  1. ada yang tak makan malam nnti, abg zul..hehheeee

    BalasPadam
  2. tak makan malam tapi minum air mata hehehe

    BalasPadam
  3. Salam Zul, Koi tak kenan tengok citer nangis2 hehehe....

    BalasPadam
  4. tak suka le cerita sedih-sedih.. suka katon! (>.<)

    BalasPadam
  5. salam
    lebih2 lagi pulak
    jangan lupa masak nasi
    hehe

    BalasPadam
  6. Assalam...
    Kalau lupa makan nasi...boleh turunkan berat badan...

    BalasPadam
  7. cerita menarik dah..tp kenapa memey? huhuh

    BalasPadam
  8. hmmm aku x sedih dan nangis pun tgk citer ni..sb citer ni x buat aku rasa sedih...sb dia drama aksi..bkn drama sedih..

    BalasPadam