Negeri Sembilan Di Nobatkan Juara Edisi Ke-85 Piala Malaysia 2011




Pasukan Negeri Sembilan di nobatkan sebagai juara Edisi Ke-85 Piala Malaysia 2011 selepas menewaskan Terengganu 2-1 pada perlawanan akhir yang seimbang di Stadium Shah Alam, Sabtu 29-Oktober-2011.

Gol pertama skuad Penyu dijaringkan oleh Mohd Ashaari Shamsuddin pada minit ke-59 namun skuad Rusa bangkit menyamakan kedudukan selepas tendangan S. Kunanlan gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee sekali gus menyaksikan bola melantun ke dalam gol pada minit ke-81.

Sementara itu, gol kemenangan Negeri Sembilan dijaringkan oleh HAI-O (Hairuddin Omar) pada minit ke-86 perlawanan. Kedudukan 2-1 sehingga tamat permainan. Skuad bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah ini berjaya menjulang Piala Malaysia buat kali ketiga selepas turut bergelar juara pada tahun 2009 dan 1948.
TERENGGANU: Mohd Sharbinee Allawee Ramli, Mazlizam Mohamad, Mohd Zubir MohdAzmi (Helmi Remeli), Mohd Mazuki Yusof, Mohd Faizal Mohamad, Reeshafiq Alwi,Mohd Ashaari Shamsudin, Josep Kalang Tie, Ahmad Nordin Alias, Abdul Manaf Mamat,Abdul Hadi Yahaya.

N. SEMBILAN: Mohd Farizal Marlias, Mohd Aidil Zafuan, Norhafiz ZamaniMisbah, Irwan Fadli Idrus, Qhairul Anwar Roslani, Idris Abd Karim, MuhamadShukor Adan, S.Kunalan, Abdul Halim Zainal, Shahurain Abdul Samah, HairuddinOmar.

PENGADIL: Shokri Nor




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Oktober 30, 2011

7 Komen:

  1. salam
    mereka memang berhak muncul juara
    memang ada gaya
    tahniah untuk n9

    BalasPadam
  2. Tahniah buat skuad Hoben Jang Hoben & penyokongnya :D

    Post Terbaharu Saya - Tahniah Buat Pasukan Negeri Sembilan!

    BalasPadam
  3. B3njy juga nak ucapkan tahniah kepada Negeri Sembilan

    BalasPadam
  4. Tahniah pada pasukan N9... deme hebat :)

    BalasPadam
  5. negeri 9... ada ramuan tersendiri untuk mencipta kemenangan disebalik peluang yang diterima... diminit terakhir.. apa2 pun boleh terjadi...

    BalasPadam
  6. salam..takde perasaan kt bola2 nih..hehe..tp kecewa ckitlah bila terengganu kalah..suka jgk N.S menang jd isnin ni komfem cuti :D

    BalasPadam