iPhone 4S : Apakah Fungsi Dan Kelebihannya?




Pertama sekali, mereka menambah satu teras tambahan kepada cip pemprosesannya, membuatkannya pemproses dwiteras A5 sebagaimana apa yang anda lihat pada iPad 2 (tiada kejutan di sini). Ini bermaksud, dari segi teori, aplikasi akan dimuat dan dikendalikan dua kali lebih pantas pada iPhone 4S berbanding dengan iPhone 4. Permainan video juga akan kelihatan lebih baik hasil dari teras pemprosesan tambahan.

Selain daripada itu, terdapat kamera 8 mega piksel (MP) yang berkebolehan merakamkan 1080p video pada 30 frame sesaat (fps). Sekali lagi, ini adalah apa anda jangkakan dari sebuah telefon pintar bertahap tinggi memandangkan pertandingannya (Samsung Galaxy SII dan HTC Sensation XE) telahpun mempunyai ciri ini. 

Untuk mencabar pesaing-pesaingnya, iPhone 4S mempunyai satu sistem lima kanta baru dan censor yang membenarkan lebih banyak cahaya menghasilkan, dalam perkataan Apple, “satu imej yang lebih terang dan hidup”. Saya rasa saya tidak memberi komen sehingga telefon ini sampai ke pengguna-pengguna AS pada akhir minggu ini.

Dalam soal perkakasan, begitulah perubahan-perubahan terbesar pada iPhone 4S. Selain daripada itu, ia pada dasarnya sama seperti iPhone 4. Ia masih mempunyai reka bentuk yang serupa, dimensi yang sama malah skrin 3.5 inci paparan Retina yang sama. Saya juga mula terfikir jika seseorang akan berjaya menukar iPhone 4 dengan iPhone 4S secara rahsia (tiada siapa akan perasan). 

Tetapi cukup pelik, iPhone 4S ialah 3 gram lebih berat daripada iPhone 4. Saya tidak pasti mengapa tetapi saya akan meneka dan mengatakan ia disebabkan oleh teras tambahan dan kanta dalam pemproses dan kamera.




Sekarang kita beralih ke aspek perisian iPhone 4S.

Satu daripada alasan-alasan untuk kemunculan spekulasi iPhone 5 ialah pengumuman iOS 5 pada awal Jun. Menurut Apple, OS baru ini mempunyai lebih 200 ciri-ciri baru. Tetapi kita tidak akan meliputi semuanya. Sebaliknya, kita akan melihat tiga ciri-ciri penting pada iOS 5.

Mari kita mula dengan Notification Center ala Android. Seperti pada Android, pemberitahuan atau ‘notifications’ sekarang dikumpul dalam sebuah window yang mana boleh diturunkan dari atas skrin. Jadi, tiada lagi pemberitahuan menyakitkan hati apabila mesej baru masuk. Kesemua panggilan telefon, mesej-mesej, e-mel malah cuaca dipamerkan dalam Notification Center.

Ciri berikutnya ialah iMessage. Ia lebih kurang BBM di BlackBerry. Ia satu khidmat pesanan secara eksklusif untuk pengguna-pengguna iOS yang datang dengan satu penunjuk apabila rakan anda sedang menaip dan keupayaan menolak mesej-mesej ke semua alat anda. Anda akan dapat menghantar mesej, gambar, video dan contacts kepada rakan-rakan iOS anda pada iPhone, iPad dan iPod Touch. Mesej berkumpulan juga disertakan.

Satu lagi ciri yang ditunggu-tunggu pada iOS 5 ialah iCloud. iCloud menyimpan data anda dalam awan dan secara wayarles menolaknya ke semua alat anda. Ia secara automatik muat naik, menyimpan dan menolak data bagi semua alat anda. Kesemua data penting anda seperti contacts, e-mel, kalendar, muzik, gambar, video, seting peranti dan data aplikasi akan secara automatik disimpan dalam awan. Dan yang paling penting ialah 5GB pertama adalah percuma.

iOS 5 baru ini boleh didapati pada iPhone 3GS, iPhone 4 dan iPhone 4S. Tetapi pengguna iPhone 4S akan terutamanya berbangga dengan ciri kawalan suara eksklusif, Siri. Siri ialah seperti pembantu peribadi yang akan membenarkan anda menggunakan suara untuk membuat tugas-tugas seperti meminta satu ramalan cuaca atau menunjuk arah, menyediakan penggera jam atau menguruskan kalendar. Buat masa ini, Siri berfungsi dalam bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman. 

Tetapi saya tidak boleh menggambarkan seseorang menggunakan ciri baru ini di khalayak ramai terutama sekali dalam bas dan LRT. Mereka akan kelihatan pelik (atau istilah yang biasa digunakan “douchebag”) jika mereka memutuskan untuk bercakap dan memberi arahan kepada telefon mereka.

Sumber: MAXIS




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Oktober 12, 2011

10 Komen:

  1. Apps SIRI yang dibeli oleh Apple pada April 2010 bagi saya adalah teknologi Artificial Intelligance(AI) masa hadapan.

    Semasa PC wujud tidak semua peringkat umur menyukai mengunakannya kerana ada yang taku memegang mouse dan keyboard kerana ia adalah 360 darjah berbeza dengan mesin typewriter.

    Saya berpendapat Steve Jobs telah berjaya misinya untuk mengurangkan jurang celik IT kerana adanya SIRI old citizen dapat manfaat pengunaan iPhone 4S kerana arahan suara sahaja sudah cukup segala fungsi sebuah komputer. SIRI ini boleh diibaratkan Personal Assistant :-)

    Biarlah setakat ini SIRI berfunsi dan menerima arahan melalui suara mana tahu pada masa akan datang akan berfungsi mengikut gerak badan akan memberi manfaat kepada golongan OKU pula

    BalasPadam
  2. "Smartphone" idaman tu.. Sudah mula kumpul duit untuk dapatkan satu :D Insyallah.

    Post Terbaharu Saya - Version 2.0 - Wordless Wednesday #13

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum..

    Moga saudara sihat hendaknya dengan izin~Nya..

    Allahu Akhbar, tak terkejar kita dengan perkembangan HP ni...

    BalasPadam
  4. salam zul..tak terkejar orang tua macam Cm ni..pakai hp sengkek yang anak anak "buang" Tu pun untuk terima cal je..nak msg terkial kial :) ceria ceria selalu

    BalasPadam
  5. iPhone 4S meletup sebab Steve Jobs meninggal...huhu

    BalasPadam
  6. salam
    memang tak terbeli ni
    kalau dapat pun, ntah reti guna ke tidak
    huhu

    BalasPadam
  7. sama jer.. cuma ram dia lagi upgrade... so laju sikit performance...

    BalasPadam
  8. xbest pun iPhone ni....gambar xcantik

    BalasPadam
  9. xder pun sempoi sgt apple fon ni...sebb branded, gaya nyer sgt je yg lebh.
    prefer Galaxy Note, S2, S3 lebh baik value for money.

    BalasPadam